Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

GAMBAR MAJLIS PERTUNANGAN ANNE NGASRI DAN AHLI POLITIK

on 12 November 2012

GAMBAR MAJLIS PERTUNANGAN ANNE NGASRI DAN AHLI POLITIK | Gambar Artis - Walaupun keluarga Anne Ngasri seakan cuba sembunyikan identiti tunang beliau, kehadiran jejaka misteri itu di majlis yang berlangsung tidak membantu dalam misi mereka.

Ahli politik berstatus duda dan mempunyai seorang anak yang dirahsiakan namanya sebelum ini adalah Mohd Sumali Reduan berusia 40 tahun yang ketika ini merupakan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO.

“Bagaimanapun, majlis pertunangan ini diadakan membabitkan ahli keluarga kami sahaja — cukuplah orang tahu, saya sudah bergelar tunangan orang,” ujar Anne Ngasri.

“Kalau tiada aral, Disember 2012 ini menjadi pilihan kami untuk nikah,” tambah beliau yang bertunang di kediaman keluarga Anne Ngasri di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

“Dia betul betul ikhlas mengenali saya, keluarga pun suka dan kami sedang merencana ke peringkat seterusnya iaitu untuk mendirikan rumahtangga bersama sama” , ujar Anne Ngasri.

 
 
 

LIVE STREAMING CHELSEA VS LIVERPOOL 11 NOVEMBER 2012

on 11 November 2012


LIVE STREAMING CHELSEA VS LIVERPOOL 11 NOVEMBER 2012 - Mari saksikan perlawanan ini secara live streaming Liga Perdana Inggeris yang melibatkan Chelsea menentang Liverpool. Perlawanan ini berlangsung di Stamford Bridge (laman Chelsea) pada jam 11 malam.

12 GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN LEE CHONG WEI DAN WONG MEW CHOO

12 GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN LEE CHONG WEI DAN WONG MEW CHOO - Gambar perkahwinan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dengan pasangannya Wong Mew Choo pada 9 dan 10 November. Majlis resepsi perkahwinan telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan telah dihadiri oleh ramai jemputan VIP termasuk rakan-rakan seperjuangan dalam arena badminton.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SIAPA ISTERI LEE CHONG WEI??? ROSMAH MANSOR ATAU WONG MEW CHOO

SIAPA ISTERI LEE CHONG WEI??? ROSMAH MANSOR ATAU WONG MEW CHOO - Mari kita saksikan gambar di bawah ini. Pasti timbul satu persoalan yang bermain di kotak fikiran kita. Siapa sebenarnya yang menjadi isteri kepada jaguh badminton negara, adakah Rosmah Mansor ataupun Wong Mew Choo.

MUSIBAH 'MAK IKAN' SIMPAN 3 PEMUDA


MUSIBAH 'MAK IKAN' SIMPAN 3 PEMUDA | Isu Semasa - Satu ketika dia mempunyai segala-galanya dalam hidup seperti diidamkan kebanyakan wanita berjawatan besar, keluarga bahagia dan sihat tubuh badan tetapi angkara hobi jeliknya menyimpan lelaki muda untuk kepuasan nafsunya, ‘aset’ berharga itu hilang daripadanya hidupnya.

Episod hitam wanita berusia 53 tahun dikenali sebagai Jun ini bermula apabila dia disahkan menghidap penyakit Aids pada 2009 selepas dijangkiti kuman HIV daripada seorang daripada tiga ‘anak ikan’ yang ‘dibelanya’.

Khuatir penyakit itu diketahui umum, dia mengambil keputusan meletak jawatan sebagai pegawai atasan di sebuah agensi kerajaan di selatan tanah air.

Pada masa sama, dia diceraikan suami yang turut memisahkannya dengan tiga anak selepas mengetahui penyakit itu diperoleh hasil hubungan terlarang.

GAMBAR CUN DAN BIODATA PELAKON ADAM DAN HAWA NADIYA NISAA

on 10 November 2012


BIODATA NADIYA NISAA

Nama sebenar: Nadiyatul Nisaa' Kamaruddin
Nama komersial: Nadia Nisaa, Nadiya Nissa
Asal: Gombak, Kuala Lumpur
Tarikh lahir: 11 Julai 1985
Adik-beradik: Kedua daripada lima beradik
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Penyiaran, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam
Status: Berkahwin, suami, Saiful Razman Mohd Kassim
Cahaya mata: Omar Saiful Razman
Drama: Adam & Hawa, Impian Sunsilk 2, Cinta Secangkir Kopi Telefilem: Ajaibnya Cinta, Dengan Nama Cinta, Hanya Aku, Donut, Cinta 5 Bintang, Hanya Kau
Filem: Pengapit, Jiwa Taiko (2012), Ombak Rindu, Cun! (2011), Karaoke (2010) Dukun (2007), Akuarium Cinta Teater: Cun
Pencapaian: Nadia Nisaa meraih dua kemenangan pada ASK 2011 dan Festival Filem Malaysia ke-24 masing-masing untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Aktres Harapan Terbaik bagi filem yang sama arahan Osman, berjudul Cun!

VIDEO PENUNGGANG MOTOR (MAT REMPIT) PALING BERHEMAH DI DUNIA


VIDEO PENUNGGANG MOTOR (MAT REMPIT) PALING BERHEMAH DI DUNIA - Sila saksikan aksi penunggang motosikal yang paling berhemah di dunia. Mungkin dia rasa dia lebih kuat daripada lori. Tapi apakan daya, hanya indah khabar dari rupa.

KOMPUTER RIBA PUNCA LELAKI MANDUL


KOMPUTER RIBA PUNCA LELAKI MANDUL - Sepasang suami isteri yang berusaha mendapatkan anak terkejut apabila doktor berkata, kegagalan mereka berpunca daripada komputer riba.

Scott Reed dimaklumkan bahawa dengan meletakkan komputer pada ribanya menyebabkan haba merosakkan spermanya. Kesannya, juruelektrik berusia 30 tahun dan isteri, Laura, juga 30, sukar untuk memperoleh anak.

Berikutan itu, Scott menggunakan komputer ribanya di meja dan tiga bulan kemudian, isterinya hamil anak perempuan mereka, Taryn. Laura berkata:

“Scott biasanya menggunakan komputer ribanya sebelah petang selama beberapa jam dan menutupnya ketika kami menonton televisyen. “Dia akan gunakannya untuk tugasnya dan perkara lain seperti Facebook. “Kami langsung tidak terfikir ia akan menjejaskan spermanya.”

 Pasangan dari Clanfield, Hampshire itu mengunjungi doktor mereka selepas Laura gagal hamil walaupun selepas berusaha selama enam bulan.

Pada mulanya, doktor menyangka kesuburan Reed dikatakan terjejas akibat beguk yang dialaminya ketika berusia 21 tahun.

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati dia menghasilkan jumlah sperma yang sihat tetapi rosak akibat terkena haba.

Menerusi mikroskop, ia dapat melihat ekor sperma bergulung pada kepalanya, bermakna ia tidak boleh berenang cepat ke arah telur.

Masalah itu adalah perkara biasa dihadapi tukang masak yang bekerja dalam persekitaran yang panas.

“Selepas bertanya sama ada saya tukang masak, soalan berikutnya ialah ‘adakah anda menggunakan komputer riba? “Saya menggunakannya setiap hari dan tidak pernah terbayang kesannya,” kata Scott.

GAMBAR LIVE LELAKI BUNUH DIRI SETELAH GADUH DENGAN AWEK

GAMBAR LIVE LELAKI BUNUH DIRI SETELAH GADUH DENGAN AWEK - Tidak pasti adakah ianya betul hanya sekadar lakonan semata-mata.

 
 
 
 
 
 
 

FACEBOOK UNTUK 18SX


FACEBOOK UNTUK 18SX | Isu Semasa - Seorang pengguna facebook (fb) dikesan memanipulasi laman sosial itu dengan menjadi perantara medium lucah dan aktiviti persundalan bagi membolehkannya mengaut pendapatan haram dengan cara mudah.

Dengan mengenakan caj RM30 melalui akaun fb dikendalikannya, individu itu yang menggunakan nama Siti Normaisyarah menyediakan perkhidmatan membekal senarai nombor telefon rumah urut dan agensi teman sosial, selain gambar video klip dan pautan ke laman web lucah.

Nama Siti Normaisyarah itu dikesan pada nombor akaun bank yang diberikan kepada wartawan Harian Metro yang membuat penyamaran dan membuat pembayaran melalui pindahan wang.

Sebelum itu, kewujudan akaun fb individu terbabit dikesan dengan mematuhi prosedur cukup mudah iaitu hanya perlu ‘like’ sebelum diminta mengirim e-mel ke alamat diberikan.

Pemerhatian dilakukan mendapati sehingga kini akaun fb itu sudah mendapat 39,542 ‘like’ sejak beroperasi pada 2006.

GAMBAR MAJLIS RESEPSI LEE CHONG WEI DAN WONG MEW CHOO


GAMBAR MAJLIS RESEPSI LEE CHONG WEI DAN WONG MEW CHOO - Jaguh badminton negara dan pasangan, Datuk Lee Chong Wei dan pasangannya Datin Wong Mew Choo telah mengadakan majlis resepsi pada 9 November 2012 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur dan ianya disambut meriah dengan dihadiri kira-kira 1500 orang tetamu.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah serta Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir meraikan pasangan mempelai.

Pasangan pengantin turut menyampaikan hadiah istimewa, berupa raket badminton kepada tetamu diraja dan Perdana Menteri.

 

GAMBAR HOT NEELOFA DI ANUGERAH SKRIN 2012

GAMBAR HOT NEELOFA DI ANUGERAH SKRIN 2012 | Gambar Artis - Selebriti tanah air yang dipenuhi gosip, Neelofa telah tampil dengan fesyen bak princess yang sangat cantik dan jelita pada Anugerah Skrin 2012.

 
 
 
 

KOMEN USTAZ AZHAR IDRUS BERKENAAN LAWAK ROSYAM NOOR KETIKA DI ANUGERAH SKRIN 2012

KOMEN USTAZ AZHAR IDRUS BERKENAAN LAWAK ROSYAM NOR KETIKA DI ANUGERAH SKRIN 2012 - Ustaz Azhar idrus telah memberi maklum balas segera berkenaan lawak bodoh Rosyam Noor ketika di Anugerah Skrin sebentar tadi.

JUTAWAN TAIWAN JADIKAN 1000 GADIS UNTUK KAYA

on 9 November 2012

JUTAWAN TAIWAN JADIKAN 1000 GADIS UNTUK KAYA - Jutawan Taiwan yang baru berusia 34 tahun, Lin Wei Ching  kini kembali hangat di negaranya selepas dia dipercayai telah menipu/memaksa lebih dari 1000 orang gadis untuk menjadi pelacur.

Sebelum ini, dia pernah ditangkap kerana mengedarkan dadah kepada pelanggannya serta beberapa tuduhan merogol gadis.

Semua gadis tersebut dikatakan telah diberi suntikan dadah supaya mereka tidak sedar diri. Selain itu, dia juga menyuruh kliennya merogol gadis-gadis tersebut. Kemudian dia akan merakam aksi tersebut untuk disimpan.

Namun beberapa video tersebut telah tersebar dan dia telah didakwa beberapa kali. Akan tetapi dia tetap berjaya untuk melepaskan diri daripada penjara kerana menbayar ikat jamin walau sebesar mana nilai sekalipun.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH SKRIN 2012


KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH SKRIN 2012 - Anugerah Skrin 2012 ataupun ASK 2012 sudah masuk edisi ke 14 tahun ini. Bagi tema tahun ini, pihak penganjur telah mengangkat Selami Dunia Fantasi Kami (Fairytale).

1. Lakon Layar Terbaik Filem – Dain Said (Bunohan)
2. Lakon TV Terbaik – Lum Pung Hui (Di Telapak Kaki Bonda)
3. Videografi Terbaik – Aku Mahu Terbang (Neon Entertainment)
4. Laporan Khas/Berita Terbaik – Bom Jangka (Berita TV9)
5. Drama Komedi Terbaik – Elly & Apit (Red Communications)
6. Rancangan Realiti Terbaik – Jemputan Umrah (Episod 1)
7. Anugerah Artis Harapan Pantene – Putri Balqis (Pelarian)
8. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Bella (Labour Day Special)
9. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Namron (Parit Jawa)
10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)
11. Rancangan Hiburan Terbaik - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25
12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Lisa Surihani (Ombak Rindu)
13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Syafie Naswip (Songlap)
14. Pelakon Wanita Terbaik Filem - Maya Karin (Ombak Rindu)
15. Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Shaheizy Sam (Songlap)
16. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik -
17. Rancangan Muzikal Terbaik -
18. Pelakon Wanita Terbaik Drama -
19. Pelakon Lelaki Terbaik Drama -
20. Pengarah Terbaik Filem -
21. Pengarah Terbaik Drama -
22. Anugerah Yasmin Ahmad -
23. Drama Rantaian Terbaik -
24. Filem Terbaik -
25. Drama Terbaik -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved