Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

KOMPUTER RIBA PUNCA LELAKI MANDUL

on 10 November 2012


KOMPUTER RIBA PUNCA LELAKI MANDUL - Sepasang suami isteri yang berusaha mendapatkan anak terkejut apabila doktor berkata, kegagalan mereka berpunca daripada komputer riba.

Scott Reed dimaklumkan bahawa dengan meletakkan komputer pada ribanya menyebabkan haba merosakkan spermanya. Kesannya, juruelektrik berusia 30 tahun dan isteri, Laura, juga 30, sukar untuk memperoleh anak.

Berikutan itu, Scott menggunakan komputer ribanya di meja dan tiga bulan kemudian, isterinya hamil anak perempuan mereka, Taryn. Laura berkata:

“Scott biasanya menggunakan komputer ribanya sebelah petang selama beberapa jam dan menutupnya ketika kami menonton televisyen. “Dia akan gunakannya untuk tugasnya dan perkara lain seperti Facebook. “Kami langsung tidak terfikir ia akan menjejaskan spermanya.”

 Pasangan dari Clanfield, Hampshire itu mengunjungi doktor mereka selepas Laura gagal hamil walaupun selepas berusaha selama enam bulan.

Pada mulanya, doktor menyangka kesuburan Reed dikatakan terjejas akibat beguk yang dialaminya ketika berusia 21 tahun.

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati dia menghasilkan jumlah sperma yang sihat tetapi rosak akibat terkena haba.

Menerusi mikroskop, ia dapat melihat ekor sperma bergulung pada kepalanya, bermakna ia tidak boleh berenang cepat ke arah telur.

Masalah itu adalah perkara biasa dihadapi tukang masak yang bekerja dalam persekitaran yang panas.

“Selepas bertanya sama ada saya tukang masak, soalan berikutnya ialah ‘adakah anda menggunakan komputer riba? “Saya menggunakannya setiap hari dan tidak pernah terbayang kesannya,” kata Scott.
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

Remy hazza said...

kepanasan laptop memberi haba....


12 November 2012 at 00:26
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved