Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

PELAJAR SENIOR PAKSA BOGEL, RAKAN TERLAMPAU

on 10 October 2012


PELAJAR SENIOR PAKSA BOGEL, RAKAN TERLAMPAU | Isu Semasa - “Anak saya dimalukan, dipaksa telanjang sebelum seorang pelajar merakam gambar bogelnya menggunakan telefon bimbit dengan alasan bergurau. Lebih mengecewakan, kejadian itu berlaku Februari lalu dan hanya diketahui apabila telefon bimbit pelajar berkenaan dirampas warden pada 30 September lalu.”

Demikian kata bapa pelajar lelaki berusia 13 tahun yang kesal dengan sikap sambil lewa pengurusan sebuah sekolah menengah di sini, yang didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap aduannya berhubung kejadian itu.

Bapa berusia 36 tahun itu berkata, dia hanya mengetahui mengenai rakaman video bogel anak lelakinya itu selepas isterinya dimaklumkan anaknya dipanggil Guru Penolong Kanan, Hal Ehwal Pelajar (PKHEP) pada 1 Oktober lalu berhubung kejadian buli di asrama sekolah berkenaan.

Menurutnya, ketika itu, anaknya baru sebulan tinggal di asrama dan difahamkan kejadian berlaku ketika dia ke tandas dengan memakai tuala sebelum dipanggil pelajar senior dan dipaksa berbogel sebelum disepak berulang kali.

“Pada keesokan hari, isteri saya bertemu pengetua untuk melihat rakaman telefon bimbit itu dan dimaklumkan seorang pelajar tingkatan lima terbabit perbuatan itu, tetapi beliau enggan membenarkan isteri melihat rakaman berkenaan dengan alasan telefon itu kehabisan bateri.
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

kasihan kat budak tu....
malu sepanjang hidup ......
hukuman yg setimpal patut dikenakan kepada student yg kurang hajaq tu!!!


10 October 2012 at 17:28
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved