Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Aidil Zafuan Beri Hak Penjagaan Pada Rita Rudaini

on 14 April 2012

Kita semua tahu yang Aidil Zafuan dan Rita Rudaini sudah tidak sehaluan lagi dan sebelum ni, kita cuma baca feedback pasal rumah tangga diaorang dari rita je. Jadi macam mana pulak dengan feedback dari Aidil Zafuan?

Menurut Berita Harian baru-baru ini, Aidil menafikan dakwaan Rita Rudaini yang mengatakan dia tidak menjalankan tanggungjawap sebagai seorang bapa dan tak ambil pedulik pasal anak-anaknya.

"Saya terkejut apabila dia (Rita) mengatakan saya tidak menjenguk anak-anak. Semuanya tidak benar. Minggu lalu saya baru pulang, malah setiap hari saya menghantar SMS kepadanya bertanyakan khabar anak tetapi dia (Rita) tidak balas. Saya masih waras dan tidak akan meninggalkan mereka (anak-anak) begitu saja, saya tahu akan tanggungjawab sebagai bapa mereka", kata Aidil Zafuan

Seorang kata macam tu, seorang kata macam ni? Siapa reka cerita, siapa yang cakap benar ni? Di media hiburan pulak, aidil mengatakan dia akan serahkan hak penjagaan anak-anak pada rita.

"Walaupun hak penjagaan secara sah diberi pada Rita nanti, saya masih lagi bapa kepada anak-anak kami. Saya berharap rita akan beri saya kebebasan untuk bertemu dan bermalam dengan anak-anak pada bila-bila masa tanpa syarat", tambah Aidil Zafuan.


SUMBER

(Gambar) Kondominium Di Tokyo Bernilai RM66.83 Juta Hanya Memiliki Sebuah Bilik

Sebuah kondominium (apartment) di Tokyo yang berukuran 4434 kaki persegi dikatakan berharga $21.8 juta (RM66.83 juta) namun ianya hanya mempunyai satu bilik sahaja. mari kita lihat apa yang istimewanya. jom terjah...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SUMBER

Wow!!! Pakaian Seragam Sekolah Yang Seksi

Salam sejahtera... mari kita lihat pakaian seragam sekolah yang tersangat seksi ini. jom terjah...

 
 
 

Gempar!!! Nak Bogel Punya Pasal Gadis Ni Sanggup Keluar Dari Islam

on 13 April 2012

Seorang pelakon berketurunan Turki, Sila Sahin yang beraksi dalam keadaan bogel untuk dua belas muka surat majalah Playboy Jerman edisi Mei mengaku dia bukan beragama Islam, lapor sebuah akhbar semalam.

Sila membuat pengakuan itu selepas banyak pihak menganggap dia merupakan gadis Muslim Turki yang pertama berbogel untuk majalah Playboy.

"Ibu bapa saya adalah penduduk Turki dan saya dibesarkan dalam komuniti Islam tetapi saya bukan beragama Islam. Orang ramai membuat andaian bahawa saya beragama Islam.

"Saya tidak faham kenapa masyarakat menggunakan soal agama untuk menentang keputusan saya bergambar dalam majalah Playboy," kata anak tunggal berusia 25 tahun itu.
Aktres itu yang membintangi drama telenovela Jerman, Good Times, Bad Times menjelaskan, bapanya tidak menganuti sebarang agama manakala ibunya seorang wanita Islam yang bertukar kepada agama Kristian.

"Saya sentiasa dipesan supaya tidak keluar rumah, tidak boleh memiliki rakan lelaki, tidak perlu kelihatan menarik dan dilarang mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin." jelas Sila kepada akhbar News of the World semalam.

Dia mencetuskan kontroversi apabila bercinta dengan dengan pelakon popular Jerman, Jörn Schlönvoigt, 24, selepas berpisah dengan teman lelakinya yang beragama Islam pada tahun lalu.

Sila yang menjadi wanita berketurunan Turki pertama yang berbogel untuk penerbitan majalah terkenal itu menerima pelbagai ugutan termasuk diberi gelaran pelacur dan wanita murahan Barat menerusi Internet daripada golongan fanatik Islam kerana dia disangka seorang Muslim.

Bosan dengan kawalan kebebasan ibu bapanya, Sila menerima tawaran Playboy yang meminta dia menjalani penggambaran fotografi bogel di Sri Lanka pada Mac lalu.

"Selepas bertahun-tahun mengikuti apa yang disuruh kepada saya, ia (bergambar bogel) merupakan satu bentuk kebebasan," kata Sila.

Namun, tindakannya berbogel itu menyebabkan saudara-mara Islamnya mendakwa ibu Sila tidak membesarkannya dengan menggunakan pendekatan yang betul. Ibunya itu juga enggan berbual dengan Sila ekoran penyiaran gambar bogel tersebut.
 
 

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved