Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

PELAJAR DITUDUH BERZINA DENGAN GURU

on 8 November 2012


PELAJAR DITUDUH BERZINA DENGAN GURU | Isu Semasa - Seorang pelajar lelaki tingkatan empat sebuah sekolah di Pendang, Kedah dibuang sekolah kerana dituduh melakukan hubungan seks dengan guru sandaran.

Pelajar tersebut dituduh melakukan hubungan seks dengan guru terbabit pada 1 Oktober 2012 kira-kira jam 12 tengah malam di rumah guru itu di kuarters guru sekolah berkenaan.

Pelajar yang mahu dikenali sebagai Wan mendakwa, dia dipaksa beberapa guru sekolah itu supaya membuat surat pengakuan mengadakan hubungan seks dengan guru berusia lingkungan 20-an itu.

Pelajar itu mengaku tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan dengan wanita itu, malah guru itu tidak pernah mengajar di dalam kelasnya.

“Saya akui memang baik dengan guru tersebut sejak dia (guru sandaran) mula berkhidmat di sekolah ini kira-kira Februari lalu.

“Namun, saya terkejut bila dipaksa beberapa guru untuk buat surat pengakuan melakukan hubungan seks dengan guru terbabit sedangkan pada waktu kejadian, saya berada di asrama sekolah dan sedang tidur di dalam bilik,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, petang semalam.

Sementara itu, bapa saudara Wan berkata, pihak sekolah ada menghubungi bapa pelajar itu 2 Oktober lalu untuk memintanya datang ke sekolah berkenaan kerana ada masalah, namun enggan memberitahu kisah sebenar.

“Bapanya tidak ke sekolah selepas menerima panggilan pertama kerana sedang bekerja menyebabkan pihak sekolah menghubungi kali kedua hari yang sama kira-kira 12 tengah malam, melalui warden asrama supaya segera datang berikutan masalah disiplin anaknya.

“Apabila sampai ke asrama, warden terus menyuruh membawa semua barang dan pakaian balik ke rumah kerana Wan sudah tidak dibenarkan belajar di sekolah itu selepas terlibat dengan kes zina tanpa menerima sebarang penjelasan dan surat pada malam terbabit,” katanya.

Menurutnya, Wan digantung sekolah dari 2 hingga 15 Oktober lalu serta menerima surat diberhentikan daripada ibu pejabat menyebabkan waris berjumpa dengan pengetua sekolah terbabit mengenai dakwaan itu.

Katanya, apabila perjumpaan diadakan, pengetua sekolah memaklumkan pelajar hanya mempunyai dua pilihan iaitu kekal di sekolah jenis sama tetapi di tempat lain atau memilih ke sekolah harian biasa.

Menurutnya, dia tidak berpuas hati dengan pihak sekolah kerana tidak memberi bukti anak saudaranya terbabit kes itu walaupun diminta waris untuk berbuat demikian.

“Saya syak kes ini ada muslihat kerana pada 4 Oktober lalu, dua guru sekolah terbabit datang ke rumah anak saudara saya di Kampung Guar Kepayang dan meminta kebenaran waris membawa Wan keluar minum.

“Namun, kira-kira dua kilometer perjalanan dari rumah, guru tersebut meminta Wan menyalin pengakuan dalam satu borang bersama tanda tangan dan terus menghantarnya pulang,” katanya.

Menurutnya, anak saudaranya itu merupakan seorang pelajar pintar kerana memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mencapai 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

 “Saya bimbang pelajarannya terjejas kerana bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan, tetapi tidak bersekolah lebih sebulan disebabkan kes ini,” katanya.

DOWNLOAD DAN TONTON PE3 FULL MOVIE


DOWNLOAD DAN TONTON PE3 FULL MOVIE - Anda tidak mempunyai kelapangan untuk menonton filem PE3 lakonan Farid Kamil, Diana Amir ataupun tidak cukup wang untuk ke pawagam??? Tidak mengapa, kami ada sediakan link download dan menonton secara streaming.


Download PE3

Single Link

Part 1 | Part 2

ERRA FAZIRA DEDAH RAHSIA KEKAL CANTIK


ERRA FAZIRA DEDAH RAHSIA KEKAL CANTIK - Bergelar isteri dan ibu, sememangnya bukan mudah untuk selebriti seperti Erra Fazira untuk mengekalkan kejelitaan beliau, tetapi dengan Estée Lauder, ianya bukan mustahil.

Erra Fazira dedahkan yang Double Wear Stay-in-Place Dual Effect SPF10/PA+ adalah barang wajib dalam beg mekap beliau.

“Ia boleh bertukar-tukar daripada bedak asas kepada bedak kemasan dengan serta merta. Ia juga kekal segar dan nampak semula jadi bila touch-up!,” ujar Erra Fazira.

Menjadikan Audrey Hepburn sebagai ikon kecantikan beliau, Erra Fazira berkata kecantikan bererti memiliki yang bersih dan segar, luaran, dalaman juga perlu seiring.

GAMBAR TERBARU HELIZA HELMI YANG TERSANGAT COMEL

GAMBAR TERBARU HELIZA HELMI YANG TERSANGAT COMEL | Gambar Artis - Artis tanah air yang kekal mengenakan tudung sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Heliza Helmi telah dipilih menjadi duta ice-blended kegemaran ramai, Coolblog. Ini satu pemilihan yang sangat bijak berdasarkan imej Heliza yang bersih, comel dan cute.

 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved