Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

MUSIBAH 'MAK IKAN' SIMPAN 3 PEMUDA

on 11 November 2012


MUSIBAH 'MAK IKAN' SIMPAN 3 PEMUDA | Isu Semasa - Satu ketika dia mempunyai segala-galanya dalam hidup seperti diidamkan kebanyakan wanita berjawatan besar, keluarga bahagia dan sihat tubuh badan tetapi angkara hobi jeliknya menyimpan lelaki muda untuk kepuasan nafsunya, ‘aset’ berharga itu hilang daripadanya hidupnya.

Episod hitam wanita berusia 53 tahun dikenali sebagai Jun ini bermula apabila dia disahkan menghidap penyakit Aids pada 2009 selepas dijangkiti kuman HIV daripada seorang daripada tiga ‘anak ikan’ yang ‘dibelanya’.

Khuatir penyakit itu diketahui umum, dia mengambil keputusan meletak jawatan sebagai pegawai atasan di sebuah agensi kerajaan di selatan tanah air.

Pada masa sama, dia diceraikan suami yang turut memisahkannya dengan tiga anak selepas mengetahui penyakit itu diperoleh hasil hubungan terlarang.

GAMBAR CUN DAN BIODATA PELAKON ADAM DAN HAWA NADIYA NISAA

on 10 November 2012


BIODATA NADIYA NISAA

Nama sebenar: Nadiyatul Nisaa' Kamaruddin
Nama komersial: Nadia Nisaa, Nadiya Nissa
Asal: Gombak, Kuala Lumpur
Tarikh lahir: 11 Julai 1985
Adik-beradik: Kedua daripada lima beradik
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Penyiaran, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam
Status: Berkahwin, suami, Saiful Razman Mohd Kassim
Cahaya mata: Omar Saiful Razman
Drama: Adam & Hawa, Impian Sunsilk 2, Cinta Secangkir Kopi Telefilem: Ajaibnya Cinta, Dengan Nama Cinta, Hanya Aku, Donut, Cinta 5 Bintang, Hanya Kau
Filem: Pengapit, Jiwa Taiko (2012), Ombak Rindu, Cun! (2011), Karaoke (2010) Dukun (2007), Akuarium Cinta Teater: Cun
Pencapaian: Nadia Nisaa meraih dua kemenangan pada ASK 2011 dan Festival Filem Malaysia ke-24 masing-masing untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Aktres Harapan Terbaik bagi filem yang sama arahan Osman, berjudul Cun!

VIDEO PENUNGGANG MOTOR (MAT REMPIT) PALING BERHEMAH DI DUNIA


VIDEO PENUNGGANG MOTOR (MAT REMPIT) PALING BERHEMAH DI DUNIA - Sila saksikan aksi penunggang motosikal yang paling berhemah di dunia. Mungkin dia rasa dia lebih kuat daripada lori. Tapi apakan daya, hanya indah khabar dari rupa.

KOMPUTER RIBA PUNCA LELAKI MANDUL


KOMPUTER RIBA PUNCA LELAKI MANDUL - Sepasang suami isteri yang berusaha mendapatkan anak terkejut apabila doktor berkata, kegagalan mereka berpunca daripada komputer riba.

Scott Reed dimaklumkan bahawa dengan meletakkan komputer pada ribanya menyebabkan haba merosakkan spermanya. Kesannya, juruelektrik berusia 30 tahun dan isteri, Laura, juga 30, sukar untuk memperoleh anak.

Berikutan itu, Scott menggunakan komputer ribanya di meja dan tiga bulan kemudian, isterinya hamil anak perempuan mereka, Taryn. Laura berkata:

“Scott biasanya menggunakan komputer ribanya sebelah petang selama beberapa jam dan menutupnya ketika kami menonton televisyen. “Dia akan gunakannya untuk tugasnya dan perkara lain seperti Facebook. “Kami langsung tidak terfikir ia akan menjejaskan spermanya.”

 Pasangan dari Clanfield, Hampshire itu mengunjungi doktor mereka selepas Laura gagal hamil walaupun selepas berusaha selama enam bulan.

Pada mulanya, doktor menyangka kesuburan Reed dikatakan terjejas akibat beguk yang dialaminya ketika berusia 21 tahun.

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati dia menghasilkan jumlah sperma yang sihat tetapi rosak akibat terkena haba.

Menerusi mikroskop, ia dapat melihat ekor sperma bergulung pada kepalanya, bermakna ia tidak boleh berenang cepat ke arah telur.

Masalah itu adalah perkara biasa dihadapi tukang masak yang bekerja dalam persekitaran yang panas.

“Selepas bertanya sama ada saya tukang masak, soalan berikutnya ialah ‘adakah anda menggunakan komputer riba? “Saya menggunakannya setiap hari dan tidak pernah terbayang kesannya,” kata Scott.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved