Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

FIZZ FAIRUZ DITIPU ORANG

on 20 February 2013


Kes pertunangan oleh pelakon Nur Kasih The Movie, Fizz Faiuz pada 10 Februari lalu yang mencetuskan kontroversi, akhirnya beliau tampil ke hadapan dan bercerita segala-galanya.

Fizz Fairuz mengaku bahawa tunangnya selama seminggu itu, Azlyn Massiela telah memutuskan ikatan pertunangan setelah merasa tertipu apabila Azlyn Masela sebenarnya adalah isteri orang.

“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang. Khamis lalu, saya menerima mesej dari kawan kepada adik wanita tersebut dan menjelaskan status sebenar. Malah saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu pada Sabtu lalu," ujar Fizz Fairuz.

Fizz Fairuz telah meminta maaf kepada semua khususnya kepada Almy Nadia berikutan kontroversi yang melanda dirinya.

"Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni," tambah Fizz Fairuz.

KES CERAI JESLINA HASHIM & DION ANDREA VERCOE


Pagi ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur berlangsung sebutan pertama kes penceraian antara penyanyi Jeslina Hashim & suami, Dion Andrew Vercoe.

Pasangan ini di’khabarkan telah tidak duduk sebumbung sejak lapan bulan yang lalu & ketika ini dua orang anak hasil perkahwinan mereka berada di’bawah jagaan suami.

Namun hasrat pasangan ini untuk bercerai terpaksa di’tangguh kerana Dion Andrew Vercoe tidak di’benarkan melafazkan talak kerana Jeslin Hashim dalam keadaan tidak suci.

Selain itu, isu tuntutan hak jagaan anak dan tuntutan mutaah juga menjadi sebab mahkamah bakal menetapkan tarikh baru untuk sebutan kes penceraian Jeslina Hashim & Dion Andrew.

Jeslina Hashim yang ditemui wartawan selepas sebutan pertama hari ini berkata punca penceraian mereka tidak boleh di’dedahkan kepada umum kerana ianya bersifat peribadi.


MCDONALD GODAM TWITTER BURGER KING

on 19 February 2013


Twitter syarikat francais burger terbesar dunia, Burger King telah diceroboh atau digodam. Dan apa yang lebih mengejutkan laman Twitter itu telah dimuatkan dengan mesej-mesej daripada pesaingnya, McDonald.

Tetapi McDonald melalui Twitter menafikan yang mereka terlibat dalam insiden hacking itu.

“Kami simpati dengan rakan niaga @BurgerKing. Kami tidak ada kaitan dengan pencerobohan itu,” tulis McDonald dalam twitternya.

CARA TROLL ROOMATE PALING TERBAIK PADA HARI VALENTINE

Mungkin bagi orang Islam Valentine's Day haram untuk disambut tetapi ini bukan bermakna kita tidak boleh troll sahabat kita. Mari kita tengok gambar-gambar troll di bawah ini.

 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved