Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Jujur Sangat Pun Tak Boleh!!!

on 24 October 2011

Sepasang pakwe-makwe tengah memandu di highway ayer keroh telah di tahan polis….

pakwer: ada apa masalah encik?
polis: anda di dapati memandu melebihi 110kmj
pakwe: mana ada encik,saya cuma pandu dalam 100kmj jer.. mungkin meter saya rosak kot..
makwe : abang tak baik tipu.. tadikan abang pandu lebih dari 150kmj..
polis: saya juga akan saman encik kerkenaan lampu brek encik tidak berfungsi.
pakwe: yeke lampu brek saya tak berfungsi? saya tak perasaan encik…minta maaf, nanti saya betulkan..
makwe: abg.. kan abg dah tahu berkenaan lampu tue rosak 2 minggu lepas.. saya sendiri beritahu abg..
polis: saya juga akan saman encik sebab encik tak pakai tali pinggang..
pakwe: saya baru jer bukak encik.. masa encik tahan saya..
makwe: abg ni.. kan abg tak pernah pakai tali pinggang.. tak baik tipu taw..

si pakwe yang tak tahan dengan kerenah makwenya terus melenting..

pakwe: diam ler ko,semua ko beritahu polis…ko nak aku kena saman apa??lurus banggang betul ko…budusss, aku tepuk pale ko kang..
polis: cik, selalu ker pakwe cik marah macam ni??
makwe: tak ler.. dia jarang marah saya.. kalau marah pun masa dia ISAP GANJA je..

HAHAHA

Marco Simoncelli (1987-2011)

::AFZALSUKASUKI BLOGLIST SUPERSENGAL::

on 22 October 2011

Adalah suatu malam yang hening di sebuah bilik yang didiami dua ekor budak sengal. Tetibe budak sengal ni rajin pulak nak buat assignment yang selalu di-copy paste dari bebudak nerd di kelas mereka. Tengah berseronok buat assignment  di komputer, datanglah seorang nyamuk lalu hinggap di monitor komputer budak sengal itu tadi.

Lalu salah seorang dari budak sengal itu telah membunuh nyamuk itu sampai terkeluar darah yang diangkut nyamuk itu. Dengan tidak semena-mena, seorang lagi budak sengal  telah ketawa terbahak-bahak akibat tindakan kawannye yang ...... Budak sengal yang melihat kawannya gelak besau tadi pun masuk join sekali. Lalu, tergelaklah mereka dengan kesengalan yang melampaui batas sehingga terkencing-kencing dalam seluar. ahahaha

inilah budak sngal di dalam cerita di atas
 p/s: ini entry afzal sepatutnya tapi ntah camne ley melekat di blog miera lak..ajaib nin pelik. :)

SYAITAN PUN TAKUT

on 20 October 2011

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum berkata, "orang ini memang layak menjadi sahabatku!"

Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil berkata, "rupanya inilah bakal sahabat sejatiku di akhirat nanti!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi sahabatnya itu dilihatnya masih juga terlalu asyik dengan kegiatannya, Syaitan mulai terdiam...

Kemudian ketika datang waktunya maghrib, sahabatnya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihat sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka syaitan itu sangat panik. Ia rupanya tidak lagi dapat menahan diri, dihampirinya sahabatnya itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!"

Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?". "Aku takut!", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali ingkar untuk bersujud pada-Nya. Tidak terbayang olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!", kata syaitan lalu bergegas pergi..


p/s: kepada blogger2 yang nak spm, sile baca sini

Wordless Wednesday #5

on 19 October 2011


AGAK-AGAKNYA ADA TAK TANDAS MACAM NIE...
LALALALA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved