Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Wordless Wednesday #9

on 16 November 2011


Khas kepada calon SPM yang sedang berjuang buat masa ini...
Chaiyok! Chaiyok! Chaiyok!

Cerita Sedih

on 15 November 2011

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi....

si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali?

si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?

si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik

si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita,tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita

lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita....

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku...aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan,
dari kecil aku....bla bla bla bla bla.....

Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata...kemudian Mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita....

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya...aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla......

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

si C : Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi...cerita aku lagi sedihhhh punya.

si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?

si C : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah...

si B : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi

si C : aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA AKU TERTINGGAL DALAM KERETA....UWAAAAAA
p/s: da wajib kena bunuh si C tu..otak! otak! otak!

Result: Segmen Blogwalking Sampai Gila

on 14 November 2011

Assalamualaikum... ini segmen pertama miera. kalau korang nak taw, mula-mula miera ingat nak mencari 30 blogger je, tapi disebabkan sambutan yang menggila, miera tambah lagi kuota kepada 50 blogger. mana taknya, tak sampai 12 jam, dah 24 blogger yang join. btw, segmen ni hanya mengambil masa kurang dari 19 jam. lalala


sebelum miera nak umumkan, boleh tak korang klik sini sebagai tanda support. dengan ini, miera ingin mengumumkan blogger yang sanggup menjadi gila.


tambahan orang gila:
  
inilah senarai blogger yang sanggup jadi gila. jom ______ mereka-mereka ini. ahaha

nak menangi hadiah?? klik sini ataupun sini

Segmen: Blogwalking Sampai Gila

Ini adalah Sticky Post, sila scroll tikus anda ke bawah untuk baca entri terbaru.lalala


saya, miera mengumumkan segmen 'Blogwalking Sampai Gila' telah dilancarkan dan ianya terbuka kepada semua tak kira lelaki mahupun perempuan. miera mencari 30 blogger2 tegar untuk diajak blogwalking sampai gila.peace!!!

Syarat-syarat:
1. Masih waras tapi sudi menjadi gila dengan sukarela selepas join segmen ini.
2. Wajib follow blog miera==>bukan gila follower tapi untuk tahu perkembangan terkini
3. Buat entry bertajuk "SEGMEN:Blogwalking Sampai Gila" dan letak banner serta linkkan ke entry ini.
4. Dah siap tinggalkan link entry tersebut di ruang komen.

Perhatian: Segmen ini telah ditutup. Harap maklum~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved