Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Oh! Kotak Jerit

on 19 January 2012

Assalamualaikum... hari ini miera mahu menulis mengenai gadget pertama sekali yang dicari oleh para blogger, kotak jerit. betul tak? mengaku jela, tembelang korang sudah pecah. ahaha. Ok2, terdapat bermacam-macam jenis kotak jerit yang wujud di alam maya ini dan yang paling digemari sekarang adalah cbox dan juga fibox. masing-masing ada kelebihan dan kelemahan tersendiri.

Tamat sudah mukadimah, kotak jerit yang miera kurang suka, calon-calonnya adalah :

1. Fibox
    - bagi miera, fibox ini memang bagus tapi kadang-kadang fibox ni bengong jugak terutama sekali pada mereka yang mempunyai internet yang lembab. korang tengok sendiri la, lepas nama (miera), ade icon :( dan itu menandakan jejak korang tak di terima. kalau tak percaya, korang cuba refresh mesti tak ada jejak korang ditinggalkan.


2. Shoutbox by busuk.org
   - kotak jerit jenis ini mempunyai time loading yang lama sehingga memakan masa berminit-minit dan bila sudah di-'shout', tiada pula jejak yang ditinggalkan kelihatan. nampak tu, tiada pun jejak dari miera. tengok gambar di bawah ya!


Sebagai kesimpulannya, miera sarankan korang gunakan CBOX, walaupun susah tapi ianya praktikal selepas SHOUTMIX tamatkan kontrak percuma. peace yaw!

Wordless Wednesdsay #17

on 18 January 2012


Berat Sangat Soalannye Pun..
ahaha

Jangan Meniru

on 17 January 2012

Tipah sedang menduduki ujian bulanan. Oleh kerana semalam Tipah tak sempat nak study, dia panik kerana tak dapat jawab kertas jawapannya masih kosong walaupun masa ujian sudah lama berlalu. Tipah akhirnya mendapat inspirasi untuk meniru rakannya, Apiz kerana masa ujian sudah hampir tamat. Kononnya darurat la tu.

Setelah di ‘psst’ beberapa kali dan merasa boring, akhirnya Apiz memberikan kertas jawapannya setelah diminta oleh Tipah. Apiz : (berbisik) “Cepat eh!!” Dengan rakus, Tipah menulis jawapan di kertas ujiannya dengan meniru jawapan Apiz 100% dan selang beberapa minit kemudian kertas jawapan Apiz dipulangkan semula. Tak berapa lama kemudian waktu ujian telah selesai dan semua kertas jawapan dikumpulkan di meja guru.

Beberapa hari kemudian result ujian diberi kelas oleh cikgu mereka. Semua nama pelajar di panggil seorang per seorang. Tapi hanya nama Tipah yang tidak dipanggil oleh cikgu kelasnya.

Tipah : Cikgu! Nama saya takde ker?
Guru : La.. masa ujian tu awak ada datang ker?
Tipah : Ada cikgu, kebetulan hari tu saya tak ponteng.
Guru : Pada saya memang takde kertas jawapan awak punya, cuba awak cari sendiri, mana tau termasuk kelas lain punya

Tipah datang ke depan kelas dan memeriksa satu per satu mencari kertas jawapannya.

Tipah : Ini Cikgu!
Guru : Ini bukan kertas ujian awak
Tipah : Betul cikgu, ini tulisan saya.
Guru : Cuba awak baca namanya!
Tipah : erkk.. Apiz!!??


p/s: Kalau nak meniru tu, janganlah tiru 100%

Arsengal

on 16 January 2012

Assalamualaikum... hari ini miera nak menulis berkaitan English Premier League (EPL) lagi. Walaupun semasa perlawanan ini miera sibuk sangat (mungkin ada sesetengah blogger tahu ke mana miera pergi), miera mahu juga menulis mengenai kekalahan sebuah kelab yang top la jugak tapi tahap kesengalannya melebihi segala-galanya. By the way, that is Arsenal and miera like to call Arsengal. peace yaw!

Nampaknya, Arsenal tewas lagi kali ini dengan sebuah kelab yang baru sahaja dinaik taraf ke liga EPL iaitu Swansea 3-2. miera tak dapat nak mengulas lebih lanjut mengenainya disebabkan kesibukan yang melanda, mungkin para Arsengal ataupun yang lain-lain boleh komen di ruangan yang disediakan. ehehe


p/s: malam ini Man City berjuang, who's with me?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved