Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

SAFEE SALI JUTAWAN BOLA SEPAK PERTAMA MALAYSIA

on 2 February 2012

Salam sejahtera... dengan rasa berbesar hati, miera ingin ucapkan sekalung tahniah buat penyerang utama skuad Harimau Malaya dan juga penyerang kedua terbaik Asia, Safee Sali setelah menyambung kontraknya sehingga 2014 bersama Pelita Jaya. Perjanjian kontrak Safee Sali dikhabarkan bernilai lebih RM2 juta dengan pelbagai insentif seperti bonus untuk setiap perlawanan, rumah, kereta dengan pemandu peribadi dan tiket balik ke KL beserta gaji sebanyak RM118,000.


p/s: Tahniah David Beckham Malaysia! Semoga dapat jadi idola kepada anak-anak muda.

Muka Lisa Surihani Menyerupai Ibunya Semasa Muda

on 1 February 2012

Salam sejahtera... untuk pengetahuan pembaca-pembaca sekalian, miera adalah peminat nombor satu Lisa Surihani. dan entri kali ini adalah berkisar mengenai Lisa Surihani. jom baca...

Kalau para pembaca ingin tahu, wajah Lisa Surihani yang cantik menawan itu sangat menyerupai wajah ibunya semasa muda. Beliau sendiri telah berkongsi gambar ibunya ketika zaman muda dahulu di facebook nya . memang seiras betul wajah anak-beranak ini. benarlah kata orang, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. sekali tengok, memang wajah muda ibunya.


p/s: antara banyak-banyak pembaca yang ada, ada tak yang muka mirip miera. ehehe

Robin Van Persie Sah Ke Barcelona

Salam sejahtera... hari ini miera ada satu berita yang kurang gembira bagi peminat-peminat Arsenal. Nampaknya, Barcelona telah berjaya mengikat ayam tambatan yang juga penyerang berbisa Arsenal iaitu Robie Van Persie (RVP) selama 4 tahun setengah dengan yuran perpindahan sebanyak £83 million sekaligus menjadikan rekod yuran perpindahan paling mahal di dunia. lalala


p/s: Wow! lepas ni meraunglah peminat Arsenal. farewell Arsenal. ahaha

Satria Neo Baru - Proton Artiga

on 31 January 2012

Salam sejahtera... Proton sebenarnya telah mempamerkan model konsep Artiga di Pameran Tokyo Auto Saloon 2012. Model konsep Artiga pernah juga dipamerkan di Pameran motor Shanghai tahun lepas adalah hasil kerjasama dengan Youngman di China.

Rupa bentuk Proton Artiga ini seakan-akan Proton Satria Neo. Dengan bodykit yang lebar dan rim yang besar, kereta ini secara keseluruhannya nampak lebih garang. Lampu depan yang direka semula juga sepadan dengan rekaan gril dan bumper depan. Jom kita tengok gambar menarik Proton Artiga baru ini.





p/s: kalau model ini menjadi realiti dan dipasarkan di negara kita, pasti ramai yang tergila-gila. ahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved