Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Gambar Bayi Perempuan Mawi Dan Ekin

on 28 February 2012

Salam sejahtera... Tahniah miera tujukan buat Mawi dan Ekin kerana telah pun dapat seorang bayi perempuan pada hari ini. Setelah sekian lama Mawi dan Ekin berusaha untuk mendapatkannya, akhirnya termakbul juga hajat mereka berdua kerana telah dikurniakan satu amanah yang tidak ternilai (cahaya mata).

Ekin telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram pukul 4 pagi tadi. Bayi sulung buat pasangan artis itu selamat dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dan masih lagi belum diberikan nama. Gambar anak Mawi dan Ekin belum didedahkan lagi. Gambar anak mereka ini akan miera upload kemudian setelah berjaya mencari sumber. tolong sabar sedikit ya!


p/s: mesti comel kan anak mereka. nak gigit gigit cuping telinga saja. ahaha

(Gambar) Model Cantik Terjatuh Ketika Cat Walk

Salam sejahtera... Walaupun model-model cantik ini telah dilatih dengan baik untuk berjalan kucing (catwalk) tetapi apabila perasaan gugup menguasai diri ketika memperagakan baju, seluar atau sebagainya, dengan tidak semena-mena mereka juga boleh terjatuh ketika beraksi.

Dan pada entri kali ini, miera ingin memperagakan aksi kelakar apabila model-model cantik ini terjatuh ketika catwalk. Jom terjah...


p/s: adoi, sakitnya!!!

(Videoklip) Al-Fatihah Dipermain-Mainkan Di Dalam Lagu Rap (R&B)

Assalamualaikum... kali ini miera ingin memperdengarkan sebuah lagu. Miera sebenarnya tak tahu apa yang dinyanyikan oleh artis-artis rap (Busta Rhymes, Ron Browz, Diddy, Swizz Beats, T-Pain, Akon dan Lil Wayne) ini. Tapi miera ada terdengar beberapa perkataan yang terdapat dalam surah Al-Fatihah dinyanyikan secara berulang kali. Apa-apa pun, jom terjah lagu (videoklip) 'sial' ini...



p/s: dunia Hollywood semakin berani untuk mengecam Islam...

Laman Web Lynas Corp Digodam (Hack) Oleh Pengodam Tempatan

on 27 February 2012

Salam sejahtera... Isu mengenai Lynas kini kembali hangat akhir-akhir ini, apabila ramai yang membantah tindakan Lynas Advanced Material Plant (Lynas) di Gebeng, Pahang yang mahu membina sebuah loji pemprosesan nadir bumi yang berharga RM700 juta. Selain daripada Himpunan Hijau 2.0 yang telah diadakan di Padang MPK4 pada 26 Februari 2012, laman Lynas Corp (http://lynascorp.com/) turut menjadi mangsa apabila digodam oleh pengodam tempatan, 4z1-Evil Shadow.

Penggodam tersebut meninggalkan pesanan 'Stop Lynas Save Malaysia' dan 'Do Not Hurt My Country'. Menurut KenaHack.com yang sering mengemaskini berkaitan laman-laman tempatan yang digodam, melalui halaman Facebook mereka mengatakan, “Dari sudut defacment , kelihatan penceroboh (hackers) menambahkan iframe pada laman utama laman lynas ke satu fail deface yg dimuat naik.”


p/s: good job 4z1-Evil Shadow. i love you!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved