Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Mereka Kembar Tapi Benar-Benar Berbeza

on 4 April 2012

Saudara kembar biasanya kelihatan mirip, mula dari bentuk wajah, warna kulit, rambut, warna mata dan tinggi badan. Namun dalam keadaan yang jarang berlaku, saudara kembar boleh kelihatan berbeza kerana memiliki warna kulit, rambut dan mata yang berbeza, seperti yang terjadi pada Kian dan Remee.

Kian dan Remee (7 tahun) merupakan saudara kembar yang dilahirkan dari rahim ibu yang sama. Tapi jika dilihat, dua gadis ini nampak sangat berbeza. Kian memiliki kulit yang hitam, rambut hitam dan mata coklat besar, seperti anak keturunan Afrika. Sedangkan Remee berkulit putih, rambut perang dan mata biru.

Meskipun kelihatan berbeza, dua gadis ini benar-benar kembar yang lahir dengan jarak hanya seminit. Kian dan Remee mewarisi 1 dari 1 juta kombinasi gen ibubapa mereka. Si ibu Kylee Hodgson berkulit putih sedangkan ayahnya Remi Horder berkulit hitam.

Walaupun berbeza warna kulit, rambut dan mata, saudara kembar ini memiliki senyum nakal yang sama dan memiliki ikatan batin yang sangat dekat. Kini mendekati ulang tahun kelahiran mereka yang ketujuh, Kian dan Remee tidak pernah bertanya mengapa mereka tidak kelihatan sama, juga tidak pernah mengalami prasangka perkauman (rasis).

Kemungkinan perkawinan ras campuran untuk mendapatkan anak kembar beza warna sangat jarang, hanya 1 berbanding 1 juta. Warna kulit diyakini ditentukan oleh tujuh gen berbeza yang bekerja sama.

Jika orang tua berasal dari ras campuran, telur atau sperma akan mengandung campuran kod genetik untuk kulit baik hitam dan putih. Namun, jika kedua telur dan sperma mengandung semua gen putih, bayi akan memiliki kulit putih. Dan jika keduanya hanya mengandung versi yang diperlukan untuk kulit hitam, bayi akan menjadi berkulit hitam.


ingin tengok senarai pasangan kembar paling comel, klik sini
SUMBER
Ranking: 5

{ 2 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

nie baru betul black and white !!!! he3...rambut jer sama....


4 April 2012 at 13:49
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved