Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Gambar) Cahaya Malaika, Nama Anak Perempuan Mawi Dan Ekin

on 1 March 2012

Salam sejahtera... Mawi dan Ekin akhirnya telah menamakan anak perempuan mereka Cahaya Malaika yang membawa maksud Cahaya Permaisuriku. Unik betul nama anak mereka. Apa lagi, jom terjah gambar puteri sulung mawi dan Ekin yang sangat comel ini...


p/s: comelnya Cahaya Malaika ni...

Komputer Tablet Paling Murah Di Dunia

Salam sejahtera... Syarikat teknologi British mendakwa telah membangunkan komputer tablet paling murah di dunia untuk akses internet tanpa wayar (wireless).

Dengan kos serendah USD $35 seunit, Datawind berharap untuk membekalkan ia ke pasaran berbilion pelanggan, khususnya di negara-negara mundur. Ia dijangka akan berada pada pasaran pada bulan Oktober tahun ini.

Selain itu, Datawind juga mengeluarkan versi terkini komputer tablet Aakash pada bulan ini untuk pasaran komersial yang berharga USD $50. Ia tampil dengan ciri-ciri yang lebih dari sebelumnya. Tablet Aakash menemui pengguna pertama mereka di bawah program teknologi maklumat yang ditaja oleh kerajaan India.


p/s: tak sabar nak tunggu gajet ni masuk Malaysia... SUMBER

5 Sebab Kenapa Konsert Erykah Badu Perlu Diteruskan

Salam sejahtera... Sejak akhir-akhir ini berita mengenai Erykah Badu yang bertatu Allah di dadanya hangat diperkatakan media massa dan juga elektronik. Dan kali ini miera ingin memberi sebab kenapa konsert Erykah Badu harus diteruskan...



Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa Adam Lambert seorang gay... kalau korang ingin tahu, gay ni bukan sahaja agama, nilai kemanusiaan pun turut dihina jugak. kerajaan kita luluskan saja permit.


Macamana dengan Justin Bieber??? dia datang Malaysia bawa awek kot. Korang ingat dia datang tidur bilik asing ke? kompom la ehem ehem di Malaysia dulu, boleh pulak datang Malaysia. Erykah badu? mana ada datang dengan pakwe dia.


Wonder Girl, Avril Lavinge, Mariah Carey... korang tengok pakaian Wonder Girl? skirt pendek, ketat pulak tu. seksi tak menghina agama Islam ke? garis panduan atas pentas tu islamik sangat ke? Badu ni tak seksi pun.. korang tengok pakaian dia, lagi elok dari Inul masa datang Malaysia la!

 

Korang tengok Embun? babak Ummi Aida kena perkosa dengan jepun? Sofia Jane berkemban tepi sungai nampak spender? Maya Karin berpeluk dengan Aaron Aziz atas katil? babak skodeng tu tak menghina islam ke? boleh je lepas.. tak kena haram pun???

 

Last sekali.. Kenapa The Star gunakan gambar badan Erykah Badu bertatoo??? cuba korang google image. 2 baris pertama takde pun gambar bertatoo.. kenapa guna gambar yang kompom orang islam mengamuk? Sebab Dato' Rais Yatim nak jadi hero mempertahankan Islam? Sebab saja nak bagi suasana hangat?dari orang tak kenal jadi kenal? lu pikir la sendiri

p/s: anda baca dan judge sendiri la... SUMBER

(Gambar) Bayi Paling Unik Di Dunia

Salam sejahtera... Setiap hari, ratusan ribu bayi dilahirkan dan kebanyakannya adalah dianggap normal. Namun, ada sesetengahnya dilahirkan dalam keadaan yang tidak cukup sifat ataupun tidak sempurna. Bagaimanapun setiap bayi yang dilahirkan adalah anugerah tidak terhingga dari-Nya. Erm, jom terjah gambar-gambar bayi paling unik di dunia di bawah...


Mati kemudian hidup kembali

Bayi ini dikhabarkan meninggal setelah lahir tetapi setelah dua jam kemudian bayi itu hidup dengan baik dan sihat.


Satu tahun hamil

Bayi perempuan kecil itu membawa kembarnya di perutnya. Sudah melakukan pembedahan dan sekarang dalam keadaan sihat dan normal.


Bayi Berkulit Harimau (Ichthyosis Harlequin)
  
Bayi yang kelihatan seperti kulit harimau dilahirkan di Gilgit, Pakistan lahir pada 2010. Bayi itu meninggal dunia sejurus dilahirkan.


Bayi Bermutasi (Anencephaly)

Bayi ini dilahirkan pada tahun 2006 dengan keadaan yang disebut anencephaly. Apakah ada hubungannya dengan pembentukkan otak yang tidak tepat atau tidak lengkap.


Bayi Berekor

Dilahirkan di India pada tahun 2001. Banyak orang India menganggap dia adalah anugerah tuhan.

p/s: sungguh ajaib ciptaan Ilahi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved