Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Malam Keliwon: Jom Cari Hantu / Jin / Syaitan

on 15 March 2012

Salam sejahtera... Sempena malam keliwon yang sangat indah dan hening ini, miera ingin mengajar korang beberapa tips untuk mencari hantu atau jin ataupun syaitan. Tetapi sebelum itu, ada amaran supaya nanti jadi apa-apa takde la korang carimiera di kemudian hari.

- Jangan cuba jika lemah semangat/sakit jantung.
- Jika anda nampak sekalipun, jangan jadikan ini sebagai amalan & kepercayaan kepada sesuatu yang boleh memesongkan akidah anda.
- Jangan lakukan jika berseorangan.
- Pastikan ada rakan anda tahu merawat jika berlaku kerasukan.
- Segala yang terjadi adalah tanggungjawab sendiri.
- Tidak digalakkan untuk mereka yang bawah umur.
- Perempuan yang sedang mengandung amatlah tidak dibenarkan mencuba aksi di bawah.

Sudah baca amaran, tetapi ingin mencuba??? Jom cari hantu...

Cara Pertama:

- Berdiri dan menghadap kiblat.
- Rehatkan badan dan lemahkan segala anggota badan anda.
- Selawat tiga kali
- Kosongkan minda dan baca surah Al-Fatihah 7 kali dan tumpukan pada bahagian tengah kening
- Anda akan merasa tangan anda terangkat dengan perlahan-lahan dan menunjukkan ke satu arah
- Turutkan saja arah tangan bergerak
- Akhir sekali, buka mata untuk melihat. Apa yang anda nampak???


Cara kedua:

- Semasa mandi mayat, air mayat melimpah turun kan??? Sila tengok celah kangkang anda kepada air mayat tadi. Kalau malu orang nampak, ambil air mandian jenazah tersebut dan sapu di kedua-dua kening.
- Berdiri di tengah-tengah hutan pada tengah malam dan baca ayat pertama surah Al-Jin 7 kali sambil pejam mata anda. Lepas itu, buka mata dan pandang tepi anda.


Cara paling mudah: (untuk wanita)

- Ketika anda datang bulan (period), amalkan sikat rambut anda setiap tengah malam sambil menatap ke cermin dan tumpukan perhatian lama-lama.
- Ambil 'tuala wanita' yang telah digunakan dan letak di dua penjuru pintu bilik air / bilik mandi.


p/s: amacam??? kalau korang ingin tips yang lebih ekstrim, klik sini
SUMBER

Gadis 16 Tahun Dibunuh, Dikerat, Dipanggang, dan Dimakan!!!

Salam sejahtera... Seorang remaja dibunuh, dipotong dan dimakan oleh dua lelaki, demikian kata pegawai penyiasat Rusi. Sebelum dibunuh, Karina ada kemungkinan dirinya diperkosa dulu. Karina Barduchyan, 16 tahun, dikatakan hilang setelah pulang dari sekolah di St. Petersburg. Polis percaya dia dibunuh malam itu juga. Bahagian-bahagian tubuh milik si gadis ditemukan di dalam beberapa kantong plastik yang dibuang di sekitar kota. Paling tidak dua kantong plastik telah ditemukan di dua tempat yang berbeza. Dua lelaki berumur 19 tahun telah ditangkap kerana kejadian biadab ini.


Karina mengenali dua orang penjenayah zalim iaitu Yuri Mozhnov, si penjual bunga. dan Maxim Golovatskikh, si penjual daging di pasar. Karina dirayu untuk ke apartemen mereka dimana dia kemudian di lemaskan ke dalam tab mandi

Kedua suspek itu membunuh Karina, kemudian memotong-motong bahagian nya untuk dipilih yang mana yang akan dimakan! Kemudian, tubuh Karina yang telah di pilih itu dipanggang dengan kentang dan dimakan dengan lahap oleh keduanya tanpa perasaan bersalah. Mereka sekarang telah ditahan dengan tuduhan membunuh.

Pengetua sekolah St. Petersburg, Andrei Lavrenko, mengatakan bahawa para penyelidik percaya mereka memutuskan untutk membunuh Karina setelah si gadis bertengkar dengan Golovatskikh. Kesan darah ditemukan di paip air dan lantai kondominium. Difahamkan Golovatskikh mempunyai sejarah sakit jiwa dan pernah dirawat di rumah sakit jiwa setempat.


ingin lihat lagi siri pembunuhan kejam ala-ala Mona Fandey, klik sini   
SUMBER

Dua Tahun Berkahwin Masih Belum Dapat Pecah Dara Isteri, Bukan Kerana Sihir Atau Suami Mati Pucuk Tetapi ...

Salam sejahtera... Anda pernah dengar gejala "Vaginismus"?? Mungkin ada yang tahu tetapi inilah kali pertama miera mengetahui tentangnya.


Apabila seorang isteri menghadapi gejala "Vaginimus", suaminya tidak dapat melakukan hubungan seks yang sempurna kerana masalah lubang faraj yang terlalu ketat dan penutupan faraj dan mustahil boleh menembus apatah lagi memecahkannya. Jika dilakukan juga, wanita itu akan terasa amat pedih seakan terbakar kecil di sekeliling lubang faraj.

Di antara tanda-tanda vaginimus adalah rasa pedih dan ketat semasa hubungan seks dan penembusan sukar dan mustahil, kesakitan kemasukan, tidak selesa memasukkan zakar.


p/s: sekadar berkongsi.  (SUMBER)

(Gambar + Info) Hana Tajima Yang Cantik Dan Sopan

Salam sejahtera... Siapa Hana Tajima??? Beliau adalah ikon fesyen bertudung bagi Maysaa di London. Beliau adalah anak kacukan Jepun-British yang agak popular ketika ini. Beliau popular kerana bertudung dan mencipta fesyen yang juga sesuai untuk muslimah. Mungkin ada yang bertanya adakah Hana Tajima ini islam? Ya, beliau sudah muallaf sejak usia beliau 17 tahun.

Hana Tajima yang berusia 23 tahun ini telah banyak membuat video cara-cara memakai tudung & pashmina di Youtube. Sejak dari itu, nama beliau meningkat di peringkat antarabangsa malah fesyen tudung Hana Tajima telah menjadi ikutan muslimah-muslimah. Baru-baru ini, artis kita Yuna juga telah bekerjasama dengan Hana Tajima dalam satu projek Maysaa London.

beliau telah mencipta fenomena tersendiri dalam fesyen muslimah terutama tudung, selendang & pasmina. Beliau kini mempunyai peminat sendiri yang terikut-ikut trend hasil ciptaan beliau. Secara tidak langsung ia juga memberikan satu impak dalam industri tudung dan selendang di Malaysia.

Sekurang-kurangnya Hana Tajima telah melakukan sesuatu yang mana beliau rasa patut dilakukan atas dasar agama yang dibeliau pegang. Semoga apa yang beliau lakukan mendapat keberkatan dari-Nya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hana Tajima, anda boleh klik sini.

 

p/s: ada banyak lagi gambar Hana Tajima yang lawa2 dan cantik2, korang boleh klik sini
SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved