Assalamualaikum... tajuk paling hangat pada masa kini untuk orang-orang politik di Malaysia ialah “Bila pilihan raya umum ke 13???″. Di mana-mana sahaja kita akan kedengaran cerita mengenainya samada di Internet, radio, televisyen ataupun dunia reliti. Puak-puak Barisan Nasional atau penyokong tegar Pakatan Rakyat tidak akan terlepas nak bercerita tentang pilihan raya umum ke 13. Dari khabar angin yang bertiup kencang yang miera dengar, tarikh Pilihan raya umum 13 adalah pada 13 Jun 2012. Hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu bila PRU 13.
Memetik empat sumber yang tidak mahu namanya didedahkan, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bercakap di hadapan sekitar 4,000 orang kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, khususnya dari Jabatan Penerangan, yang akan membantu menyelia perjalanan pilihan raya yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Tanda Pilihan raya umum ke 13 semakin hampir sudah begitu banyak. Berbagai pengumuman telah dilakukan oleh PM DS Najib Razak dan terbaru apabila Penjawat Jawatan Awam mendapat durian runtuh 7 – 13% apabila sistem SBPA dibatalkan SSM dikekalkan dengan pertambahbaikan struktur gaji penjawat awam.
Parti politik kian rancak berkempen di desa dan felda mungkin mereka tahu orang bandar ni tak boleh diharap sangat sebab dah terlebih pandai dan terdedah dengan berbagai sosial media. Berbagai dokumen rahsia telah dan akan didedahkan dalam tempoh kempen menjelang PRU 13. Di jangkakan PRU 13 adalah pilihan raya paling panas dalam sejarah kemerdekaan Malaysia.
SUMBER