Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Gaji Programmer Yang Masyuk Di Google

on 19 March 2012

Salam sejahtera... Google telah lama diketahui sebagai tempat terbaik untuk bekerja. Mereka menawarkan makanan percuma, tempat bersenam, tempat berehat dan potong rambut profesional di pejabat mereka. Perkara tersebut telah menjadikan mereka syarikat pilihan pekerja dari seluruh perniagaan yang ada di dunia.

Selain dari persekitaran tempat kerja yang relax dan makan free mestilah gaji pekerja Google menarik juga kan. Tahukah anda berapa gaji pekerja-pekerja Google? Data berikut tidak terlalu mudah dicari, jika anda tidak percaya, anda boleh search di Google.

Berikut adalah statistik gaji pekerja Google yang cukup menarik.

1. Google Programmer di Phoenix – $174,000 setahun
2. Google Programmer di California – $197,000 setahun
3. Google Programmer di Chicago – $222,000 setahun
4. Google Programmer di New York – $242,000 setahun

Itu hanya gaji… apa lagi yang ditawarkan Google kepada pekerjanya?

1. Google akan membayar $8,000 setahun jika anda mahu sambung belajar. Mereka hanya mengharapkan keputusan gred “B”.
2. Jika anda memperkenalkan seorang pekerja untuk menjadi staff Google dan mereka bertahan untuk 60 hari, Google akan membayar $2,000 kepada anda.
3. Jika anda hendak mengambil anak angkat, Google akan memberikan $5,000 untuk urusan legal dan kos.
4. Bergantung kepada berapa lama anda bekerja di Google, anda akan mendapatkan sehingga dengan 25 hari bonus hiburan dalam setahun.

Perkara yang menarik dari segi pendapatan pekerja Google, menurut New York Times, kira-kira ada 1,000 pekerja Google yang mempunyai saham dengan nilai $5 juta dollar. Selain itu, setiap pekerja yang bersama Google untuk setahun sahaja memiliki nilai lebih dari $250,000.

Pesaing google mengatakan bahawa programmer Google telah menikmati 50% kenaikan gaji dalam beberapa tahun terakhir ini.


ingin lihat rupa pejabat Google yang sangat sempoi dan selesa, klik sini  
SUMBER

15 Fakta Menarik Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

on 18 March 2012

Rata-rata orang Malaysia sangat mengenali dengan pelakon lagenda ini, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bukan??? Di sini miera ingin berkongsi fakta-fakta menarik yang sebelum ini kami sendiri juga tidak tahu. Mari kita baca...

1. Mempunyai empat jenis tandatangan dan dalam kad pengenalannya yang diisukan pada tahun 1964 setelah berpindah ke Kuala Lumpur dari Singapura, ruangan ‘race’ atau bangsa dibiarkan kosong.

2. Ketika kecil, selepas mengaji Quran, P. Ramlee akan berlakon di padang di hadapan kawan-kawannya dengan membawakan watak-watak wira seperti Hang Tuah, Robin hood, Zorro, Sea Hawk, Captain Blood dan Tarzan.

3. Terlalu kurus dan berjerawat batu ketika mudanya; suka ponteng sekolah, tidur dalam kelas, dan suka bermain dam. P. Ramlee bukan dari kalangan pelajar cemerlang. Beliau juga tidak gemar membaca – satu-satunya novel kegemaran P. Ramlee adalah berjudul ‘Atheis’ karya Achdiat K. Miharja.

4. Sangat meminati sepak takraw. P. Ramlee pernah menyumbangkan piala pusingan Oscar P Ramlee Sumbang Sih kepada Persatuan Sepak Takraw Singapura.

5. Azizah, lagu pertama yang menjulang namanya adalah inspirasi buah hatinya di Pulau Pinang; identiti wanita tersebut kekal misteri sehingga kini; mendapat bayaran royalti pertama bernilai RM3,000 dari syarikat T. Hemsley untuk lagu ini beberapa hari sebelum rusuhan Bertha Hertog atau Natrah pada tahun 1951.

6. Fasih berbahasa Jepun dan cekap bermain peralatan muzik seperti piano, gitar, biola, ukulele, trompet dan akordion. P. Ramlee tidak tahu bermain saksofon!

7. Lagu “Kewk Mambo” diinspirasikan daripada nama sahabat baiknya, Pengurus Produksi Malay Film Productions, Kwek Chip Jian.

8. Orang pertama mempersoalkan bayaran gaji pekerja-pekerja produksi; juga yang pertama memperkenalkan gabungan perkataan ‘pawagam’ (panggung wayang gambar); digunakan pada PAWAGAM P. RAMLEE (dulunya terletak berhampiran pusat membeli-belah Sogo dan Kompleks Pertama).

9. Jika di rumah, P. Ramlee selesa berpelikat yang dipakai bersama T-shirt Pagoda putih; suka memasak dan resipi ringkas kegemarannya adalah kacang panjang (digoreng hingga lembut) campur ikan bilis masak kicap.

10. Menu harian: ikan goreng dan ulam; ikan terubuk, kari ketam dan kuah laksa paling disukai; juga gemar berkunjung ke restoran Sup Setapak (masih wujud ke hari ini).

11. Tabiat pelik: suka mencium-cium aroma nasi kandar yang masih lekat di tangannya! Nasi Kandar ‘Line Clear’ adalah kegemaran P. Ramlee!

12. Sazali memainkan watak anak petani/peladang dalam filem Anak Bapak dan bersama anak-anak yang lain, mereka menjadi suara latar untuk lagu “Tolong Kami Bantu Kami” dalam filem 3 Abdul.

13. Mendengar lagu Jalak Lenteng nyanyian Rubiah berulang-ulang kali setiap kali berhadapan masalah.

14. Pernah ‘diboo’ dan disuruh turun pentas ketika menyanyi di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur menjelang kebangkitan irama pop-yeh-yeh.

15. Menghasilkan 18 buah filem dalam tempoh 8 tahun (1964 – 1972) dengan hanya menggunakan perkakasan ‘second-hand’ di Studio Merdeka, Ulu Kelang!


ingin tengok secara live streaming atau download koleksi cerita P Ramlee, klik sini 
SUMBER

Pasangan Suami Isteri Ini Kumpul 240 Patung Seks

Ada-ada saja hobi pasangan suami isteri ini. Bob dan Lizzie Gibbins memenuhi rumah mereka dengan koleksi patung seks. Jumlah patung yang mereka miliki sekitar 240 buah.

Pasangan eksentrik ini memilih, dan menamakan boneka bersama, bahkan mereka membelikan tiap boneka pakaian, wig, dan make up setiap bulan. Tak hairan jika mereka telah menghabiskan £100.000 untuk hobi mereka ini.

 
 

ingin baca info patung seks ini, klik sini
ingin tengok bermacam-macam bentuk, saiz dan jenis patung seks, klik sini

(Eksklusif) Video Dan Gambar Bulan Madu Lisa Surihani dan Yusry di Rome, Itali

Salam sejahtera... Jika sebelum ini, miera ada kongsikan beberapa keping gambar bulan madu Lisa Surihani dan Yusry di Zurich, kali ini Lisa Surihani dan Yusry telah menjejakkan kaki ke sebuah lagi negara yang penuh dengan sejarah purbakala yang menakjubkan, Italy. Dan sekarang, mari kita terjah satu video dan koleksi gambar honeymoon yang tersangat eksklusif Lisa Surihani dan Yusry KRU yang dirakamkan oleh mereka sendiri buat peminat Lisa Surihani dan Yusry yang selalu mengikuti perkembangan artis kesayangan mereka ini. Jom terjah...


 

ingin lihat lagi banyak gambar eksklusif bulan madu Lisa Surihani dan Yusry ketika di Italy, klik sini
SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved