Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Kanak-Kanak 3 Tahun Mati Lemas Dalam Tangki Najis

on 20 March 2012

Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun ditemui mati lemas dalam sebuah tangki najis yang terletak tidak jauh daripada rumahnya yang berdekatan dengan Klinik Kesihatan Jabi, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Zakaria berkata, ketika kejadian pada kira-kira pukul 5.50 petang itu, mangsa Nur Ammar Adlyn Mohd. Husni dilihat oleh jirannya bermain dengan basikalnya seorang diri.

Kanak-kanak itu dipercayai terjatuh ke dalam tangki najis berkenaan yang didapati tidak ditutup dengan sempurna. "Mangsa disahkan telah meninggal dunia dipercayai lemas”, katanya.

Sementara itu bapa mangsa, Mohd. Husni Mat Hussin, 33 yang merupakan seorang Pembantu Am Rendah, Majlis Daerah Besut, berkata, sejurus selepas dimaklumkan oleh jirannya, beliau terus ke tempat kejadian dan mendapati anaknya terapung di dalam tangki najis sedalam kira-kira tiga meter.


lagi berita sadis kanak-kanak mati lemas, klik sini
SUMBER

Nama Terpanjang Di Dunia

Salam sejahtera... Nama terpanjang di dunia setakat ni ialah nama seorang anak angkat di luar negara. Namanya diambil dari 27 kata yang di mana 25 diantaranya ialah nama petinju terkenal dunia dan nama lainnya ialah nama dari keturunan keluarga.

Namanya ialah:

Auntumn sullvian corbett fitzsmmons jeffries hart burns johnson willard dempsey tunney schmelling sharkey carnera baer braddock louis charles walcott marciano patterson johanson liston clay frazier foreman brown


ingin lihat koleksi gambar bayi / baby yang unik dan comel2, klik sini
SUMBER

Mahasiswi Seksi Ini Sanggup Lakukan Apa Saja Untuk Lulus Ujian

on 19 March 2012

Seorang mahasiswi seksi yang gagal ujian datang ke pejabat pensyarahnya yang masih kacak. Dia melirik ke sekililingnya sebentar, menutup pintunya, dan langsung berlutut di hadapan sang pensyarah sambil memohon.

“Tuan, Saya bersedia melakukan apapun juga agar lulus ujian….”, ujarnya sambil melirik genit.

Lalu sang mahasiswi mendekat ke arah pensyarahnya, mengusap rambutnya, menatap matanya penuh erti. “Kalau tuan masih belum mengerti maksud saya…” bisiknya, “Saya bersedia melakukan apapun, apa saja yang tuan mahu…”

Pensyarah kacak tadi membalas tatapannya, “Apapun?”

“Apapun!”, jawab sang mahasiswi seksi secepatnya.

Suara pensyarah itu melembut, “Apapun?”

“Apapun….”

Akhirnya Pensyarah itu berbisik, “Mahukah kamu……… belajar?”


ingin baca kisah benar mahasiswi jual maruah semata-mata ingin lulus ujian, klik sini
SUMBER

Pemandu Langgar Lari Rafizi Hamdan Sehingga Maut Serah Diri

Salam sejahtera... Pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan langgar lari sehingga mengorbankan (maut) bekas pelumba basikal Le Tua, Rafizi Hamdan dekat Taman Melawati di sini semalam, menyerah diri kepada polis pagi ini dan akan didakwa dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, polis telah mengambil keterangan suspek yang berusia 20-an itu dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya. “Pemandu warga tempatan itu telah menyerah diri pada jam 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian. Difahamkan, suspek enggan berhenti selepas melanggar Rafizi kerana takut dibelasah oleh saksi di tempat kejadian.


Video & gambar kemalangan langgar lari Pelumba basikal, Rafizi Hamdan
SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved