Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Kanak-Kanak 3 Tahun Mati Lemas Dalam Tangki Najis

on 20 March 2012

Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun ditemui mati lemas dalam sebuah tangki najis yang terletak tidak jauh daripada rumahnya yang berdekatan dengan Klinik Kesihatan Jabi, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Zakaria berkata, ketika kejadian pada kira-kira pukul 5.50 petang itu, mangsa Nur Ammar Adlyn Mohd. Husni dilihat oleh jirannya bermain dengan basikalnya seorang diri.

Kanak-kanak itu dipercayai terjatuh ke dalam tangki najis berkenaan yang didapati tidak ditutup dengan sempurna. "Mangsa disahkan telah meninggal dunia dipercayai lemas”, katanya.

Sementara itu bapa mangsa, Mohd. Husni Mat Hussin, 33 yang merupakan seorang Pembantu Am Rendah, Majlis Daerah Besut, berkata, sejurus selepas dimaklumkan oleh jirannya, beliau terus ke tempat kejadian dan mendapati anaknya terapung di dalam tangki najis sedalam kira-kira tiga meter.


lagi berita sadis kanak-kanak mati lemas, klik sini
SUMBER
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

THE AUTHOR said...

Tempoh hari budak 2 tahun lemas kat kolam...adus..


20 March 2012 at 15:04
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved