Seorang penyanyi hip hop, Mikael Adam Mohd Rafae, 24 atau lebih dikenali sebagai SonaOne cedera teruk di muka dan badan selepas mendakwa dibelasah seorang kerabat diraja di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, jam 3.50 pagi semalam.Kerabat Diraja???
Ketika kejadian, Mikael Adam berada dalam kereta bersama dua rakannya di luar pusat beli-belah itu sebelum didatangi seorang lelaki dikenalinya yang secara tiba-tiba menariknya keluar dari kenderaan berkenaan. Selepas ditarik keluar dari kereta, beliau dibelasah dan dipijak menyebabkannya terpaksa mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala menggunakan tangan bagi mengelak kecederaan.
Dia cuba meminta pertolongan rakan dan orang awam di sekitar tempat kejadian tetapi tidak sempat sebelum pengsan tidak sedarkan diri kerana cedera parah di muka. Dia sekarang sedang dirawat di hospital. Selanjutnya, Berita Harian.
Kerabat Diraja manakah yang dimaksudkan? Ramai yang membuat telahan individu yang dimaksudkan tersebut adalah Tengku Mahkota Johor a.k.a TMJ.
Tetapi, bukan TMJ! Menurut Hunny Madu, DJ FlyFm menerusi laman sosial beliau, Kerabat Diraja tersebut adalah Tunku Mishal Ibrahim. Lihat tweet beliau yang aku screenshot.
Dan menurut Hunny Madu, Tunku Mishal juga pernah memukul Hafiz Hatim yang juga merupakan DJ radio FlyFm di The Rootz pada tahun lepas.
Siapakah Tunku Mishal?
Nama penuh beliau ialah Tunku Mishal Shahrin bin Tunku Ibrahim. Dan memang sah dia merupakan kerabat Diraja Johor. Kalau tak percaya, boleh check di www.royalark.net
Dan ada orang mengisukan kes ini kepada TMJ. Dan responnya, TMJ tidak mahu mengaku yang Tunku Mishal adalah kerabatnya. Malah menyokong jika Tunku Mishal dipenjarakan. Ini menunjukkan TMJ sendiri tidak sukakan Tunku Mishal. Selain itu, ada juga yang mendakwa Tunku Mishal telah dibuang negeri.
Mohon polis ambil tindakan jika terbukti dia bersalah. Tak kira la kerabat diraja ka, anak sultan ka, anak PM ka, tindakan undang-undang tetap kena ambil! Dan semoga Tunku Mishal diberi hidayah oleh Allah SWT untuk kembali ke jalan Islam yang sebenar. Aminnnn...
ingin baca lagi skandal Tunku Mishal Shahrin Tunku Ibrahim dan Tengku Mahkota Johor, klik sini
SUMBER