Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Demi Peminat Islam, Real Madrid Buang Tanda Salib (Kristian) Pada Logo

on 15 April 2012

Real Madrid, pasukan bola sepak gergasi Sepanyol membuat perubahan pada logo kelab untuk mengukuhkan populariti mereka di kalangan peminat bola sepak terutamanya yang beragama Islam.

Hampir satu abad logo ini telah menjadi lambang bagi pasukan mereka, tetapi kini Real Madrid akan menghapuskan salib kecil dari atas mahkota.

Akhbar Marca di Sepanyol memetik sumber dalam pentadbiran kelab bola sepak, yang berkata bahawa langkah ini bertujuan untuk "mengelakkan segala bentuk salah faham dan konflik dalam kawasan di mana majoriti penduduk beragama Islam".

Perubahan logo bertepatan dengan permulaan pembinaan sebuah resort pelancong sukan di UAE oleh Real Madrid. Ini akan menjadi taman tema pertama di dunia yang terletak di sebuah pulau buatan manusia. Taman ini akan menggabungkan kedua-dua sukan dan pelancongan. Maka sesuai bahawa salib Kristian itu perlu dikeluarkan daripada logo.

Real Madrid mengikut jejak langkah pesaing mereka di Barcelona, ​​yang juga baru-baru ini terpaksa mengambil salib dari logo mereka untuk mendapat penaja di Qatar.


SUMBER
Ranking: 5

{ 6 ong gedek gedek... read them below or add one }

shahrazali said...

ye ker......oooo.....thanks bgtau..


14 April 2012 at 23:48
Silbi Abigail said...

menunjukkan bahawa Islam tu amat berkuasa.. tp dek kerana ekonomi mereka tunduk. tp kita mesti sntiasa berwaspada..


15 April 2012 at 02:35
yusuflaili(Goku) said...

Demi penaja dan duit mereka sanggup buat apa saja!!..hatta membunuh sekali pun.


15 April 2012 at 07:51
sentap said...

bagus betol real madrid ni.. tp semua untuk kepentingan perniagaan juga. :)


15 April 2012 at 08:12
aswadz said...

hahaha... btol2. sumer sbb perniagaan ni.


15 April 2012 at 09:29
Anonymous said...

ade pon bnyk bunyi,lau ade kata mcm2 la tu la ni la..da buang pon bnyk bunyi...zzzzz


16 April 2012 at 09:56
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved