Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Gambar) Majlis Pernikahan Natasha Hudson & Carleed Khaza 15 April 2012

on 15 April 2012

Majlis pernikahan pelakon dan penyanyi Natasha Hudson, 29 bersama Khalid Kamal @ Carleed, 33 telah berlangsung pada 15 April di Masjid Wilayah, Jalan Duta sekitar jam 11 pagi tadi.

Dengan sekali lafaz, Natasha Hudson sah bergelar isteri kepada penyanyi hip hop dan komposer juga seorang ahli perniagaan Khalid Kamal atau Carleed Khaza.


Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah, Shahirman Ahmad, berwalikan hakim dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan tiada wang hantaran diterima. Natasha yang menggayakan persalinan rona coklat keemasan rekaan Shahida Shariff.

Majlis pernikahan itu turut disaksikan oleh kedua-dua ibubapa Carleed, Kamal Al-Bakri dan Aisha Abdul Manaf serta ibu Natasha, Ratna Hussin. Selain itu, seramai 700 tetamu yang hadir termasuklah keluarga, saudara mara serta teman-teman rapat kedua-dua belah pihak .

 

Natasha yang anggun mengenakan busana krim menerima lima dulang hantaran dari pihak lelaki berupa sireh junjung, al-Quran, kain persalinan, wangian, cincin dan mas kahwin. Manakala Carleed menerima tujuh dulang berupa sireh junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, wangian, al-Quran digital dan cincin.

Pelakon popular itu baru pulang daripada mengerjakan umrah pada 21 Mac lalu selama hampir dua minggu. Sekembalinya ke tanah air pada 4 April, pelakon drama bersiri Pulau itu mengumumkan tarikh perkahwinannya.

 

SUMBER

Tips Rahsia : Ingin Cantik dan Menarik Seperti Wanita Arab

Budaya dan kepercayaan membuat sebahagian besar wanita Arab tidak memperlihatkan kecantikan mereka. Tetapi jangan salah sangka, kecantikan para wanita Arab salah satu yang dianggap eksotik dari seluruh bangsa di seluruh dunia. Apa rahsia mereka? Menurut kajian yang dilakukan Clinique La Prairie di Switzerland, wanita Arab mempunyai kulit tersihat dan termuda berbanding wanita dari dunia lain. Ini beberapa sebabnya .

1. Kulit sihat Sesuai tradisi berpakaian, wanita Arab berjaya melindungi kulit dari kerosakan. Mereka juga tidak memberi perhatian lebih pada proses pencoklatan kulit, kerana umumnya warna kulit wanita di kawasan ini berwarna kecoklatan.
Bagi mereka, lebih baik tinggal dalam rumah ketika matahari bersinar terik berbanding beraktiviti.

2. Berpakaian sopan dan tudung , Sebahagian besar wanita Arab menggunakan hijab dan tudung dengan alasan agama, sebahagian lagi kerana alasan budaya. Cara ini terbukti berkesan melindungi kulit dari kekeringan akibat hawa panas dan sinar matahari.

3. Penjagaan kulit datang dari kalangan ekonomi yang paling kaya di dunia, para wanita Arab merupakan pelanggan yang bijak dalam memilih kosmetik. Bagi mereka, kualiti produk rawatan sangat menentukan meskipun harus mengeluarkan wang dalam jumlah yang besar. Wanita Arab tidak melindungi kecantikan kulit dengan prosedur seperti botox, laser, dan derma fillers .

4. Makanan-makanan di dunia Arab cenderung diproses dari bahan-bahan segar dan lebih alami daripada sebahagian besar dunia Barat. Peringkat wanita bekerja yang sedikit turut berpengaruh pada stres yang dialami wanita Arab. Umumnya, wanita Arab menjalani kehidupan dengan lebih santai, mereka mempunyai banyak teman dan cuba makan dengan perlahan. Inilah faktor lain kerutan dan penuaan lebih lambat dirasakan oleh para wanita Arab.


Bila dah ikuti tips diatas dah cantik ingat hanya utk tontonan muhrim uolls saje bukan utk bermegah diri ya.
SUMBER

Kempen Menggalakkan Orang Ramai Mengundi Di Korea Selatan

Nancy Lang yang merupakan seorang artis Korea Selatan menjalankan kempen untuk menggalakkan orang ramai untuk mengundi dalam pilihan raya dengan berjalan-jalan hanya dengan bikini.


Beliau membuat penampilan di pelbagai bahagian di Seoul termasuk di Gwanghwamun Square, Hongik University dan juga di hadapan National Assembly. Dengan berbikini serba putih, dan anak patung kucing di bahunya sebagai trademark beliau. Nancy juga pada satu peringkat, di soal oleh pihak polis.



SUMBER

Gempar!!! Tunku Mishal Shahrin Tunku Ibrahim, Kerabat Diraja Johor Kaki Pukul???

Seorang penyanyi hip hop, Mikael Adam Mohd Rafae, 24 atau lebih dikenali sebagai SonaOne cedera teruk di muka dan badan selepas mendakwa dibelasah seorang kerabat diraja di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, jam 3.50 pagi semalam.

Ketika kejadian, Mikael Adam berada dalam kereta bersama dua rakannya di luar pusat beli-belah itu sebelum didatangi seorang lelaki dikenalinya yang secara tiba-tiba menariknya keluar dari kenderaan berkenaan. Selepas ditarik keluar dari kereta, beliau dibelasah dan dipijak menyebabkannya terpaksa mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala menggunakan tangan bagi mengelak kecederaan.

Dia cuba meminta pertolongan rakan dan orang awam di sekitar tempat kejadian tetapi tidak sempat sebelum pengsan tidak sedarkan diri kerana cedera parah di muka. Dia sekarang sedang dirawat di hospital. Selanjutnya, Berita Harian.

Kerabat Diraja???

Kerabat Diraja manakah yang dimaksudkan? Ramai yang membuat telahan individu yang dimaksudkan tersebut adalah Tengku Mahkota Johor a.k.a TMJ.

Tetapi, bukan TMJ! Menurut Hunny Madu, DJ FlyFm menerusi laman sosial beliau, Kerabat Diraja tersebut adalah Tunku Mishal Ibrahim. Lihat tweet beliau yang aku screenshot.


Dan menurut Hunny Madu, Tunku Mishal juga pernah memukul Hafiz Hatim yang juga merupakan DJ radio FlyFm di The Rootz pada tahun lepas.


Siapakah Tunku Mishal?

Nama penuh beliau ialah Tunku Mishal Shahrin bin Tunku Ibrahim. Dan memang sah dia merupakan kerabat Diraja Johor. Kalau tak percaya, boleh check di www.royalark.net


Dan ada orang mengisukan kes ini kepada TMJ. Dan responnya, TMJ tidak mahu mengaku yang Tunku Mishal adalah kerabatnya. Malah menyokong jika Tunku Mishal dipenjarakan. Ini menunjukkan TMJ sendiri tidak sukakan Tunku Mishal. Selain itu, ada juga yang mendakwa Tunku Mishal telah dibuang negeri.


Mohon polis ambil tindakan jika terbukti dia bersalah. Tak kira la kerabat diraja ka, anak sultan ka, anak PM ka, tindakan undang-undang tetap kena ambil! Dan semoga Tunku Mishal diberi hidayah oleh Allah SWT untuk kembali ke jalan Islam yang sebenar. Aminnnn...

ingin baca lagi skandal Tunku Mishal Shahrin Tunku Ibrahim dan Tengku Mahkota Johor, klik sini
SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved