Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Ikan Naga Tasik Kenyir Bernilai RM20 Ribu

on 19 April 2012

Ikan Naga Tasik Kenyir Bernilai RM20 Ribu. Kerajaan Terengganu telah meningkatkan tawaran RM10,000 kepada tawaran RM20,000 menangkap ikan naga Tasik Kenyir atau nama saitifiknya Arapaima Gigas.

Tawaran ikan Naga atau nama saitifiknya Arapaima Gigas bernilai RM20,000 tersebut dibuat bagi mengelakkan kepupusan spesies ikan lain di Tasik Kenyir berkurangan dan pupus.

Ikan naga (Arapaima Gigas) merupakan spesies ikan besar dan berasal dari Sungai Amazon. Walaupun spesies ikan Naga bersaiz besar, ikan Naga tidak menyerang manusia dan hanya menjadikan ikan-ikan lain sebagai makanannya.


SUMBER

Awas!!! Ayah Pin Dan Kerajaan Langit Akan Kembali

Selepas sekian lama menghilang, nama Arifin Mamat, 69, atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, muncul semula apabila sebuah laman facebook (FB) dipercayai didalangi pihak tidak bertanggungjawab dikesan memuatkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap Islam dan negara.

Laman FB yang dikatakan mula dibuka Sabtu lalu, dipercayai didalangi pihak yang cuba menyebar dan mempengaruhi orang ramai ajaran kerajaan langit yang sebelum ini dibawa Ayah Pin dan difatwakan sesat oleh pihak berkuasa agama negara ini.

Selain penggunaan perkataan menghina agama di laman yang menggunakan gambar Ayah Pin dan baru mempunyai empat pengikut itu, terdapat sesalinan perakuan murtad serta salinan daftar pemilih yang disahkan membabitkan kawasan pilihan raya bagi ketua ajaran sesat kerajaan langit terbabit.

Kemungkinan laman FB itu digunakan pihak lain untuk menghina Islam juga tidak boleh ditolak berdasarkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pos terbarunya jam 6.15 petang kelmarin yang berbunyi “I cant send friend request because fb suspend it for 2 days and fb urge me to cancel friend all request, what the heck! fb is not user friendly la lagu ni”'.

Semakan Berita Harian terhadap akaun FB itu turut menemui beberapa kata-kata penghinaan seperti ‘Malaysia Babi’ yang dipos pada jam 1.13 tengah hari 15 April lalu serta pos bertarikh 15 April jam 2.24 petang yang berbunyi: “Tidak lama lagi akan mengundi, semoga Dewa Iswara dan Dewa Indra memanjangkan umur saya”.

Setakat ini laman FB Ayah Pin yang menerima komen daripada lebih 56 pembaca turut memuatkan beberapa perkataan lain yang boleh dianggap menghina antaranya, yang diposkan semalam berbunyi “Alhamdulillah ana sudah murtad!! Bebas dari agama palsu!!”

Dalang laman FB itu turut memasukkan secara jelas salinan daftar pemilih yang disahkan menerusi semakan komputer mengandungi nama Arifin Mamat, bernombor kad pengenalan 430622035313, bertarikh lahir 23 Jun 1943, tempat mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut serta kawasan mengundi di Parlimen Besut.

Niat buruk pemilik akaun laman itu untuk menghina Islam jelas apabila pada ruangan info pemiliknya memaparkan gambar Ayah Pin dan tertulis perkataan ‘Ayah Pin Islam agama palsu’ sehingga membuatkan orang ramai mendesak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak segera menutup akaun laman FB berkenaan.

Pengguna, Zaidi Abas, 48, mendesak pihak berkuasa bertindak segera bagi mengelakkan ia mempengaruhi fikiran terutama generasi muda yang cetek pengetahuan agama.

“Ini amat keterlaluan terutama perkataan yang digunakan nyata menghina Islam dan negara kita. Sama ada akaun laman ini dibuka pihak lain atau Ayah Pin sendiri, itu menjadi tugas SKMM menyiasatnya.

“Mungkin ia bukan dibuka oleh Ayah Pin kerana ada pos yang ditulis menggunakan bahasa Inggeris, tetapi kita tidak boleh memandang ringan perkara ini,” katanya.


SUMBER

Wanita Berusia 92 Tahun Masih Hot, Aktif Dalam Tarian & Yoga

Siapa sangka wanita tua yang sudah menjangkau 92 tahun, boleh diibaratkan ‘rumah kata pergi, kubur kata mari’ tapi wanita tua yang masih bergetah dan aktif melakukan pelbagai aktiviti.

Wanita tua yang aktif dalam tarian dan yoga ini diberi nama Thao Porchon-Lynch dan dikatakan telah mengamalkan yoga selama 70 tahun yang lalu. Bukan setakat mengamalkan, malah Thao juga merupakan seorang guru kelas yoga kepada pelajar-pelajar di India, Perancis dan Amerika Syarikat selama 45 tahun.

Thao nie boleh dikatakan luaran sahaja dah tua, tetapi hayat muda ada di dalam badan dan jiwa dia nie. mari kita tengok aksi beliau...

 
 

SUMBER

Pembaca Berita TV Tertelan Nyamuk Secara Langsung Di TV

on 18 April 2012

Di saat sedang siaran lansung membaca berita yang ditonton ribuan penonton di rumah seorang pembaca berita, sebuah stesen TV terkenal Taiwan bernama Huang Ching tiba-tiba ada seekor nyamuk nyasar masuk ke mulut dan tekaknya dan yang akibat kerana nyamuk tadi Nona Huang yang mempunyai sakit asthma tersebut langsung kumat dan drop saat itu juga.


Ketika nyamuk mula masuk ke dalam tekak melalui mulut wanita itu. Nasib baik para crew Televisyen lain langsung tanggap dan mengisi berita yang saat itu mengalami gangguan dengan spot iklan selama beberapa minit sambil mempersiapkan pembaca pengganti. Terus saja Huang dikejarkan ke rumah sakit kerana serangan asthma tersebut. Nafasnyapun saat itu tersekat2 hanya kerana seekor nyamuk yang masuk tekaknya.


Ternyata seekor nyamuk bukan hanya berbahaya kerana boleh menularkan penyakit malaria dan demam berdarah tapi kalau masuk kedalam tekak boleh membuat kecemasan juga. Apalagi bila mangsa mempunyai penyakit asthma seperti kejadian yang menimpa Huang ini. Nona huang seorang pembaca berita akhirnya harus menjalani rawatan di hospital kerana serangan nyamuk tersebut.

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved