Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Jawapan Shila Amzah Tentang Isu Gedik

on 24 April 2012

Baru-baru ini kecoh dunia hiburan tanah air apabila ada pihak yang mengatakan Shila Amzah berkelakuan ‘gedik’ bersama kekasih hatinya, Sharnaaz Ahmad. Ada pihak yang tidak senang dengan perlakuan Shila Amzah dan menganggap perbuatannya itu tidak manis pada pandangan mata mereka.

Berikut adalah komen Shila Amzah tentang isu gedik yang dilontarkan keatasnya baru-baru ini selapas pihak Media Hiburan menghubunginya.
"Berkenaan dengan isu tersebut, saya terima dengan hati terbuka setiap komen yang diberikan oleh peminat, sama ada ia positif atau sebaliknya. Siapa yang mengambil tahu tindak-tanduk kami secara tidak langsung ia menunjukkan masih ada yang sayang dengan saya dan Sharnaaz. Kalau ada jodoh, insyaAllah hubungan ini akan diteruskan kepada fasa yang lebih serius."
Diharap Shila Amzah mengambil berat isu ini agar reputasinya tidak terganggu dan lebih berhati-hati di masa akan datang. Maklumlah jika sudah bergelar artis, ramai orang akan melihat tingkah laku mereka terutamanya peminat sendiri. Jawapan Shila Amzah tentang isu gedik.


ingin baca info menarik mengenai Shila Amzah, klik sini
SUMBER

5 Artis Wanita Malaysia Yang Merokok

Apa nak jadi dengan artis Malaysia sekarang ini, nak cari artis yang 100% bersih dari gejala sosial yang tidak sihat memang agak susah. Tambahan pula, jika wartawan-wartawan media hiburan dibarisi oleh orang-orang yang 'banyak pahala'nya sehingga sanggup bersekongkol dengan artis ini dengan merahsiakannya dari pengetahuan peminat.

Niat berkongsi gambar ini bukan nak mengaibkan mereka tetapi biarlah tabiat buruk ini tidak menjadi ikutan remaja ataupun bakal artis nanti. Artis ini sepatutnya menjadi idola atau role model untuk generasi muda sekarang namun jika tabiat ini diamalkan apa akan terjadi dengan dunia hiburan negara kita? Untuk itu, mari kita lihat senarai 6 Artis Wanita Malaysia yang ketagihan rokok.

 
Fasha Sandha

 
Sazzy Falak

 
Sharifah Amani

 
Sharifah Jasmine Soraya

Sharifah Sofea

ingin melihat artis Malaysia yang mempunyai masalah sosial yang paling teruk, klik sini

Islam Akan Menang Jika Jemaah Solat Subuh Seramai Solat Jumaat

Jika melihat kepada kekuatan yang ada pada Israel dan sokongan kukuh Amerika, hampir mustahil umat Islam mampu menewaskan mereka seperti yang pernah dilakukan Sultan Salahuddin al-Ayubi dulu. Akan tetapi, Yahudi boleh dikalahkan jika umat Islam seluruh dunia mampu keluar solat Subuh berjemaah sama seperti mereka keluar solat Jumaat yang seminggu sekali itu.

Seperti mana kita semua tahu, solat subuh adalah solat yang paling sukar untuk ditunaikan kerana waktu subuh yang masih gelap dan dingin membuatkan ramai yang sedang enak tidur menjadi liat untuk bangun. Jika solat subuh yang paling sulit itu dapat ditunaikan secara berjemaah sama seperti solat jumaat, pasti solat yang lainnya akan mudah ditunaikan. Maka dengan sendirinya martabat iman masing-masing akan meningkat dan Allah akan tanamkan kecenderungan masing-masing untuk melakukan ibadat dan kebaikan yang lain.

Yahudi tahu senjata besar umat Islam ialah iman dan jihad. Senjata itu ada pada sebilangan kecil umat Islam sekali pun bilangan umat Islam dunia melebihi satu bilion orang. Yang ramai itu adalah seperti buih di permukaan laut, seperti yang baginda s.a.w. pernah sebutkan. Apabila iman itu menjadi sifat yang dimiliki oleh umat seluruhnya, maka Yahudi tahu mereka tidak boleh bermaharajalela lagi. Sebab itu Yahudi melakukan pelbagai cara supaya umat Islam leka dan meninggalkan solat 5 waktu.

Memang tiada nas yang jelas bahawa Israel akan hancur jika solat Subuh berjemaah sama seperti solat Jumaat. Ia bukan satu keyakinan seperti menunggu turunnya Imam Mahadi. Tetapi ia adalah satu semangat dan kepercayaan, Islam dapat dibangunkan bermula dengan menjadikan solat Subuh berjemaah sama seperti solat Jumaat.


ingin tips cara bangun dari tidur untuk menunaikan solat Subuh, klik sini
SUMBER

Gempar!!! Jual External Hardisk Tiruan Di PC Fair

on 23 April 2012

Salam sejahtera, ramai yang kecoh pasal external hardisk yang kononnya satu barangan penipuan yang dijual di PC Fair. Selagi belum kena mana nak percaya kan? hah, ni dah terang-terang nampak kat gambar ni. external hardisk yang ditambah dengan bolt dan nat untuk buatkannya berat seakan-akan sama seperti hardisk biasa. Inilah produk daripada China!

Kalau benda ini hanya dijual di PC Fair, maka sukarlah nak cari siapa penjual external hardisk tersebut. Oleh itu, perlukah kita buka housing external ni sebelum beli? siapa suruh tipu macam ni kan.

 
 
 

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved