Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Telekung Bukan Uniform Wajib Ketika Solat

on 29 April 2012

Pemakaian telekung bagi wanita ketika bersolat hanyalah budaya umat Islam di nusantara. Budaya yang baik pada asalnya ini sedikit sebanyak mula mendatangkan kesan yang agak negatif kepada wanita Islam masakini. Kerana ada wanita yang menjadikan alasan terlupa membawa telekung sebagai punca mereka mengabaikan solat ataupun melengahkan solat kerana menunggu giliran mengguna telekung di surau.

Pemakaian telekung itu bukanlah syarat sahnya solat seseorang wanita. Syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis. Maknanya, tidak kisahla anda memakai jubah, baju kurung, blaus atau seluar sekalipun, solat itu tetap sah. Asalkan pakaian tersebut menutup aurat dengan sempurna iaitu tidak menampakkan bentuk badan, tidak menampakkan warna kulit, longgar dan sebagainya
seperti yang digariskan syariat.

Aurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti aurat wanita di luar sembahyang iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jika anda rasa was-was untuk mendirikan solat dengan pakaian yang dipakai pada ketika itu, ini bermakna anda masih belum menutup aurat dengan sempurna. Maka, perbaikilah cara pemakaian anda. Pakailah stokin dan jangan pakai tudung yang menampakkan leher atau dagu.

Jika anda keluar rumah menutup aurat dengan sempurna, tidak perlu memberatkan beg dengan telekung. Tapi, pasti akan ada yang memandang pelik jika anda solat tanpa memakai telekung. Kerana Malaysia bukan berada di Timur Tengah. Tapi, peduli apa? Lelaki solat tak pakai kain pelekat dan baju melayu orang tak cakap apa pun.


SUMBER

(VIDEO) Laporan Al Jazeera Mengenai BERSIH 3.0 : Tindakan Polis Tidak Wajar

on 28 April 2012

Salam sejahtera... Beberapa orang pembaca berita dari Al Jazeera telah sampai di sini semalam bagi memberikan laporan yang betul dan telus dalam perhimpunan BERSIH 3.0. Dalam laman web utama mereka, Al Jazeera melaporkan berita mengenai tindakan polis yang sangat tidak wajar dengan melepaskan gas pemedih mata kepada para peserta BERSIH 3.0.

Ini link berita tersebut --> Malaysian police fire tear gas at protesters


Dan sekarang mari kita tengok pula, video pembaca berita Al Jazeera dalam membuat liputan mengenai BERSIH 3.0.


Video Polis Tembak Gas Pemedih Mata Dan Kebangkitan Rakyat Pada Perhimpunan Bersih 3.0

Umum telah sedia mengetahui Perhimpunan BERSIH 3.0 telah bermula sejak malam semalam (27 April 2012) lagi walaupun penganjur perhimpunan ini hanya bermula pada jam 2 petang hari ini (28 April 2012). Bermacam-macam perkara boleh berlaku dalam waktu yang singkat ini lagi pula bilangan peserta BERSIH 3.0 yang menjangkau angka 100 000 dan para polis, FRU dan unit-unit lain digegaskan ke ibu negara untuk membanteras perhimpunan yang dikatakan ganas ini.


Apa-apa pun mari kita terjah koleksi video perhimpunan BERSIH 3.0 ini. Layan...


















SUMBER

(Gambar Dan Video) 100 000 Sertai BERSIH 3.0 Sehingga Jam 2 Petang

Kehadiran peserta dan penyokong Bersih 3.0 pada masa sekarang, sekitar jam 2 petang, dipercayai telah meningkat ke paras 80,000 orang. Pihak penganjur sebelum ini merancang untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka mulai jam 2 petang hingga 4 petang.

Setakat 1.30 tengah hari tadi, jumlah penyokong Bersih 3.0 yang berkumpul di luar kawasan Dataran Merdeka terus meningkat - peningkatan, secara berperingkat-peringkat sejak awal pagi tadi – menunjukkan sudah mencecah 50,000 orang.

Angka tidak rasmi menunjukkan hampir 50,000 orang berkumpul di beberapa lokasi – peningkatan daripada 30,000 ketika sekitatr 12 tengah hari tadi.

Berdasarkan perkembangan jam 1.45 tengah hari, peserta-peserta mula bergerak ke arah Dataran Merdeka, malah sebahagian lagi duduk di atas jalan raya sementara pihak berkuasa memberi kebenaran untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka.

Penyokong Bersih mula datang dalam kumpulan besar sejak 8.30 pagi tadi dari tiga arah berbeza – dari kawasan Kompleks Sogo, Masjid Negara dan Masjid Jamek dengan kebanyakan mengenakan kemeja-T Bersih berwarna kuning.

Berdasarkan maklumat diterima juga menunjukkan, beberapa pemimpin sudah pun menyertai penyokong Bersih, antaranya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidnnya, Tian Chua.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga juga sudah berada di kawasan pusat bandar untuk menghampiri Dataran Merdeka.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dikatakan berada di kawasan Masjid Negara dan akan menunaikan solat sebelum berarak bersma penyokongnya menuju ke Dataran Merdeka.

 
 
 
 
 










SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved