Pemakaian telekung itu bukanlah syarat sahnya solat seseorang wanita. Syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis. Maknanya, tidak kisahla anda memakai jubah, baju kurung, blaus atau seluar sekalipun, solat itu tetap sah. Asalkan pakaian tersebut menutup aurat dengan sempurna iaitu tidak menampakkan bentuk badan, tidak menampakkan warna kulit, longgar dan sebagainya
seperti yang digariskan syariat.
Aurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti aurat wanita di luar sembahyang iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jika anda rasa was-was untuk mendirikan solat dengan pakaian yang dipakai pada ketika itu, ini bermakna anda masih belum menutup aurat dengan sempurna. Maka, perbaikilah cara pemakaian anda. Pakailah stokin dan jangan pakai tudung yang menampakkan leher atau dagu.
Jika anda keluar rumah menutup aurat dengan sempurna, tidak perlu memberatkan beg dengan telekung. Tapi, pasti akan ada yang memandang pelik jika anda solat tanpa memakai telekung. Kerana Malaysia bukan berada di Timur Tengah. Tapi, peduli apa? Lelaki solat tak pakai kain pelekat dan baju melayu orang tak cakap apa pun.
SUMBER
{ 4 ong gedek gedek... read them below or add one }
simple ..
:)
29 April 2012 at 00:06
sekarang macam2 ada yg boleh dijadikan telekung.pakai telekung ng stokin pun ok.baju lengan panjang dan stokin boleh tapi tak nak bagi terangkat ikat pergelangan tangan.semua tu ats kita nak buat ke tak.
29 April 2012 at 00:16
Kalau pergi shopping komplek, saya taknak guna telekong yg disediakan.....saya guna je baju yg di pakai, asalkan tutup aurat dan bersih. Org Malaysia mmg agak pelik tgk kita smbhyg begini tp peduli apa, yg penting solat kita tu sah.
29 April 2012 at 07:56
org malaysia berfikiran kuno, kalau anggap telekung tu uniform untuk solat... (maaf kalau ada yg terasa)
28 May 2012 at 17:26
Post a Comment