Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Gambar Dan Video) 100 000 Sertai BERSIH 3.0 Sehingga Jam 2 Petang

on 28 April 2012

Kehadiran peserta dan penyokong Bersih 3.0 pada masa sekarang, sekitar jam 2 petang, dipercayai telah meningkat ke paras 80,000 orang. Pihak penganjur sebelum ini merancang untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka mulai jam 2 petang hingga 4 petang.

Setakat 1.30 tengah hari tadi, jumlah penyokong Bersih 3.0 yang berkumpul di luar kawasan Dataran Merdeka terus meningkat - peningkatan, secara berperingkat-peringkat sejak awal pagi tadi – menunjukkan sudah mencecah 50,000 orang.

Angka tidak rasmi menunjukkan hampir 50,000 orang berkumpul di beberapa lokasi – peningkatan daripada 30,000 ketika sekitatr 12 tengah hari tadi.

Berdasarkan perkembangan jam 1.45 tengah hari, peserta-peserta mula bergerak ke arah Dataran Merdeka, malah sebahagian lagi duduk di atas jalan raya sementara pihak berkuasa memberi kebenaran untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka.

Penyokong Bersih mula datang dalam kumpulan besar sejak 8.30 pagi tadi dari tiga arah berbeza – dari kawasan Kompleks Sogo, Masjid Negara dan Masjid Jamek dengan kebanyakan mengenakan kemeja-T Bersih berwarna kuning.

Berdasarkan maklumat diterima juga menunjukkan, beberapa pemimpin sudah pun menyertai penyokong Bersih, antaranya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidnnya, Tian Chua.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga juga sudah berada di kawasan pusat bandar untuk menghampiri Dataran Merdeka.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dikatakan berada di kawasan Masjid Negara dan akan menunaikan solat sebelum berarak bersma penyokongnya menuju ke Dataran Merdeka.

 
 
 
 
 










SUMBER
Ranking: 5

{ 3 ong gedek gedek... read them below or add one }

Gombug said...

Flashback trojan: Ancaman virus terbesar 2012 bagi pengguna Mac. Artikel sepenuhnya - www.gombug.net


28 April 2012 at 16:35
remyhazza said...

berjuang demi kebenaran.... bukan berjuangan demi kepentingan....


28 April 2012 at 17:30
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved