Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Bila Model Buat Posisi Pelik

on 12 May 2012

Korang tau tak, model-model kadang-kadang kena buat posisi yang pelik tau. Nak nampak kelainan tetapi elegan. Rasanya nampak lagi pelik dan menyakitkan pun ada jugaklah kut. Jom tengok posisi-posisi pelik yang para model ni buat.



SUMBER

Cara Seorang Muslimah Mengenali Bakal Suami

on 11 May 2012

Nak kenal bakal suami atau isteri, couple bukanlah cara terbaik. Kalau kamu ber'couple', berkawan sehingga 20 tahun sekalipun, kamu takkan kenal dia. Yang kamu kenal hanyalah lakonannya. Kerana setiap yang bertunang atau yang ada perasaan sebelum nikah itu sedang berdusta. Tidak menjadi dirinya yang sebenar. Ketika ber'couple', kita hanya akan mengenal seorang pacar. Bukan seorang suami. Sebab itu buang masa saja ber'couple'. Dengan berkahwin, kita akan lebih mengenalinya dengan sebenar-benarnya dan se'detail-detail'nya.

 

Jadi, bagaimana cara seorang muslimah nak mengenali bakal suaminya?

Dalam Islam, ada konsep merisik. Maksud merisik di sini, kamu minta wali kamu samada abang, ayah atau datuk, tanya kawan-kawan atau jirannya tentang dia. Jadi, dia tiada peluang untuk menipu. Kamu juga boleh stalk facebook dia untuk tengok cara dia bercakap dan melayan perempuan lain di facebook. Akan tetapi, kita hanya mampu berhukum apa yang luaran, kerana Allah lebih tahu maksud dalaman seseorang. Maka, benda luaran yang boleh kita nilai sebagai kayu ukur, yang paling penting sekali ialah cara dia tawarkan cinta. Kalau caranya itu tidak meletakkan Allah nombor satu, bermakna dia hanya persembahkan cinta yang rapuh dan sementara. Cinta tersebut tidak akan memberi kebahagiaan.

Cinta itu boleh lenyap bersama lenyapnya sebab. Contohnya, jika dia tawarkan cinta kerana kecantikan anda, tidak mustahil nanti dia akan menjadi suami yang bermata keranjang. Begitu juga dengan lelaki. Jika perempuan tawarkan cinta kerana terpesona dengan kekayaan anda, jangan terkejut jika nanti dia menjadi seorang isteri pisau cukur dan materialistik. Jika suami dipecat kerja, dia tidak mampu nak hadapi susah senang bersama. Itulah bahayanya jika kita ambil sebab-sebab yang sementara kerana sebab sementara itu boleh lenyap. Bercintalah hanya kerana akhlak dan agamanya dan yang paling penting kerana Allah.

Masalah keruntuhan rumahtangga sebenarnya boleh dielak mulai sekarang. Kalau kita bercinta sebelum nikah, syaitan akan jadikannya sebagai modal penting untuk rosakkan alam rumahtangga kita. Contohnya, jika kita berkahwin dengan orang yang kita couple, kita akan dapat azab curiga. Kita akan rasa sangsi dengan kesetiaan suami kita. Kerana sebelum berkahwin pun dia sudah berani mengorat anak dara orang (iaitu anda). Sebelum bernikah pun dia sudah berani membuka jalan-jalan menuju zina, apatah lagi selepas berkahwin.

Dan kalau kita bernikah dengan orang yang bukan kekasih kita dulu, akan ada sifat membanding-bandingkan yang mana lebih bagus. Bila ada kenangan lampau, susah untuk kita melupakannya. Itulah bahana ber'couple' sebelum nikah walaupun kita masih boleh berusaha untuk melupakannya. Sedangkan tidak adil kita membandingkan seorang suami dengan seorang kekasih. Sebab masa berkasih, yang kita cari hanya keindahan dan keseronokan. Setelah berkahwin, kita kenal kelemahan dan kebaikannya. Jadi, kita mesti cuba bantu untuk tingkatkan potensi dia. Bersedia untuk terima dia seadanya dan hidup susah senang bersama.


SUMBER

Kisah Wanita Tua Dan Seekor Kucing Di Tanah Suci


Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji.

Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

SUMBER

Pergh!!! Kalau Tiada USD 2000, Jangan Makan Di Restoran Ini

Kalau mendengar sebuah restoran yang mempunyai menu dengan harga yang sangat mahal pasti kita akan membayangkan restoran dengan bangunan dan design yang mewah. Tetapi, kali ini anda tidak akan percaya, kerana restoran yang menu-menunya yang berharga sangat mahal ternyata bangunan tidak mewah sama sekali, malah lokasinya juga terletak di tempat yang terpencil iaitu ditengah kebun sayuran dan mawar yang segar. Tepatnya di Yountville, lembah Napa, di California, Amerika Syarikat.

Namanya saja aneh “French Laundry Restaurant”. Entah kenapa restoran ini memakai kata laundry yang bererti mencuci. Apakah yang dimaksud adalah restoran ini akan ‘mencuci’ habis wang pengunjungnya dengan harga-harga makanannya yang sangat mahal. Inilah menu dan harga makanan di restoran ini.

Pemiliknya adalah Thomas Keller, bekas ketua jurumasak yang sempat mendapat pengiktirafan juru masak terbaik di Amerika Syarikat menurut versi sebuah majalah. Dan restoran ini adalah merupakan restoran Perancis yang terkenal dengan menu nya yang menggoyang lidah.

 
 

USD800 MEAL
ed1e92912a1zezqg.jpg

USD120 MEAL
9a92df0b56f250nn.jpg

USD280 MEAL
84ee7e9fd85bih6x.jpg

USD90 MEAL
65e51db5c1oat560.jpg

USD70 MEAL
75bb4ebd5fm81vno.jpg

USD190 MEAL
1de862c61e8xin87.jpg

Dan bil yang keluarkan untuk sekali makan
7ccfd3c131yzhg1k.jpg 
b5beb770a41e2xp4.jpg 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved