Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Hebat!!! Konsert Rock Menggunakan iPhone dan iPad Sebagai Instrumen

on 23 May 2012

Semakin hari semakin banyak penggunaan iPhone dan iPad – meskipun penulis belum menggunakannya kerana dana untuk membeli gadget tersebut tidak mencukupi.

Baru-baru ini sebuah group band rock remaja bernama Cooperative Style asal Kazan, Russia, telah membuktikan bahawa iPhone dan iPad pun boleh digunakan sebagai instrumen musik yang baik. Mereka telah menunjukkan kebolehannya dalam sebuah konsert muzik rock.

Setelah memasukkan aplikasi untuk drum, keyboard dan gitar ke dalam gadget-gadget ini, di atas pentas mereka melantunkan lagu-lagu dari group rock legenda seperti lagu milik Nirvana, Bon Jovi dan sebagainya tanpa membawa alat musik yang sebenar.

“Kami mempunyai sedikit kesulitan untuk memasukkan jiwa ke dalam permainan kami melalui gadget, tapi sebagai band amatur, kami cukup bangga menjadi band pertama di dunia yang tampil LIVE menggunakan iPhone dan iPads,” kata Ruslan Halikov, gitaris band Cooperative Style.


SUMBER

Gambar Nur Fazura Dalam Kempen Terbaru Blackberry

Tahukah anda yang Blackberry milik anda boleh di’gunakan untuk menyertai selebriti ternama melakukan aktiviti menarik?

Ya. Baru baru ini, pihak Blackberry melancarkan sebuah kempen Stop Missing Out bersama selebriti tanah air yang terpilih melakukan aktiviti bersama para peminat mereka.

Pengguna Blackberry boleh mula melayari laman web khas Stop Missing Out bermula 1 Jun 2012 untuk melihat aktiviti yang bakal di’jalankan oleh selebriti & berpeluang untuk sertai.


Salah seorang selebriti yang terpilih untuk menyertai kempen ini, Nur Fazura berkata ini merupakan peluang terbaik untuk rapat dengan peminat melakukan aktiviti menarik.

Siapa tahu anda mungkin berpeluang ke lokasi penggambaran atau menemani selebriti ke panggung wayang. Selebriti lain yang terlibat adalah Julie Woon, Megan Tan, Liyana Fizi, Jehan Miskin, Joe Lee dan Bunkface.

 
 
 
 
 
 
 
 

SUMBER

12 Kerja Gila Fizo Omar Suka Buat

on 22 May 2012

Kali ini kami ingin membongkar rahsia selebriti tanah air, kami akan paparkan kepada anda 12 perkara menarik mengenai pelakon drama bersiri ‘Cinta Buat Emelda’, Fizo Omar. Ingin tahu rahsia jejeka kacak idaman gadis Malaya ini, jom kita lihat senarai di bawah.

1. Bila tiada kerja keesokan hari, pelakon ini memberitahu dia tidak akan tidur sepanjang malam.

2. Fizo tidak suka makan belacan kerana mempunyai resdung.

3. Anak muda ini gemar membuat kerja gila di mana dia sanggup menunggang motor sejauh Melaka , Port Dickson atau Pahang serta pulang pada hari yang sama semata-mata untuk mencari tempat makan yang menarik.

4. Benda yang paling mahal pernah dibelinya secara tunai ialah kerusi urut Takasima bernilai RM10,000 sempena hadiah ulangtahun kelahiran ibunya

5. Fizo gemar mengumpul barangan Superman di mana sehingga sekarang, dia sudah mempunyai lebih dari 100 koleksi pakaian superhero tersebut.

6. Jika tidak shooting Fizo akan menunggang motor berkuasa tingginya, Honda CBR 1000 dengan pergi berkonvoi bersama grup, ‘Motor Corner’.

7. Pelakon ‘Bionik’ ini pernah mewakili Malaysia dalam sukan bola sepak untuk Kelab Piala Nike 2000 di Korea

8. Selain pandai memasak, anak muda ini juga gemar pergi ke pasar basah.

9. Fizo tidak gemar menggosok, melipat, serta menghantar bajunya ke dobi.

10. Pelakon yang meminati warna biru ini pernah cedera di bahu ketika memakai sut motor.

11. Anak kedua dari empat beradik ini memberitahu suka melayan kaank-kanak.

12. Fizo mengakui sudah empat kali terjatuh motor sepanjang dua tahun lebih terlibat dalam sukan permotoran itu.


SUMBER

Yuna Bengang Dengan Wartawan???

Khamis lalu kereta milik penyanyi popular Yunalis Zarai ataupun lebih dikenali sebagai Yuna telah dipecah masuk sehingga mengakibatkan kerugian sehingga RM5000. Ekoran insiden itu, ramai pihak media yang cuba menghubungi Yuna bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Namun, hanya pengurusnya, Nor Zaina Wardah (Wawa) yang berjaya dihubungi dan memaklumkan Yuna enggan mengulas lanjut. Sudahlah begitu, timbul pula dakwaan yang mengatakan Yuna tidak suka atau terkilan dengan laporan sesetengah media tentang kejadian itu. Mengapa pula begitu?

“Sebenarnya saya bukan mengelakkan diri daripada wartawan. Tetapi kebetulan pada hari kejadian, saya sibuk dengan sebuah penggambaran. Setelah kereta saya kena pecah, saya sibuk pula uruskan laporan polis dan beberapa perkara lain. Jadi, apabila wartawan hubungi saya, saya tidak sempat untuk komen lanjut. Sebab itu Wawa yang komen bagi pihak saya. Saya harap pihak media tidak salah faham.

Tentang dakwaan yang mengatakan saya tidak suka dengan laporan itu, ia memang benar. Saya terkilan kerana dalam laporan itu turut menulis jenis kereta yang saya pandu. Malah, turut memaklumkan lokasi kejadian iaitu di rumah Paán (pemain gitar kumpulan muziknya). Apabila saya tahu tentang laporan itu, saya rasa agak sedih kerana kalau boleh saya tidak mahu kejadian itu dihebahkan. Ia berkaitan dengan keselamatan. Bimbang nanti mengundang bahaya kepada diri saya atau sesiapa sahaja yang memandu kereta itu pada masa hadapan,” ulas Yuna berterus-terang.

Bagaimanapun, penjelasan Yuna itu tidak seiring dengan tindakannya menghebahkan kejadian itu di laman Twitter miliknya.

“Memang saya tweet tentang kejadian itu, tapi niat saya hanya mahu ingatkan peminat yang ikut Twitter saya supaya lebih berhati-hati. Perkara sebegitu boleh belaku kepada sesiapa sahaja. Saya rasa sedih kerana mereka beritahu jenis kereta dan lokasi tempat kejadian. Itu sahaja,” ulas Yuna lagi.

Dalam masa yang sama, penyanyi ini meluahkan rasa syukur kerana pihak yang tidak bertanggungjawab itu tidak melarikan keretanya sekali. Namun, dalam masa yang sama dia turut berasa bersalah dengan kehilangan gitar milik penyanyi naungan syarikatnya, Diandra. Selain gitar, stereo keretanya turut dilarikan.


SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved