Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Uncle Seekers Didapati Positif Dadah

on 6 July 2012


Ujian air kencing yang dilakukan oleh polis terhadap pengendali laman blog (www.uncleseekers.blogspot.com), Syed Abdullah Syed Hussein atau lebih dikenali dengan Uncle Seekers mendapati beliau positif dadah jenis morfin.

Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan hari ini, berkata ujian air kencing itu dijalankan terhadap Uncle Seekers pada pukul 1.25 petang tadi, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya. "Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan itu.

Semalam, Polis Johor menahan Syed Abdullah yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang didakwa menfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman blognya.

Penangkapan Uncle Seekers bersama seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain pada pukul 9.45 malam di Plaza Tol Senawang, Seremban dilakukan anggota polis IPD Nusajaya.

Menurut kenyataan itu, Syed Abdullah dan Siti Nadhirah ditangkap untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Polis Johor turut memperoleh perintah reman terhadap kedua-dua mereka selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah daripada Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam bagi membantu siasatan.

Ahad lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

SUMBER

Ella Terima Hantaran Perkahwinan RM50,000 Dan Gambar Bakal Suami Ella


Seperti yang semua sedia maklum, pernikahan paling dinanti sejak era kegemilangan rock di Malaysia bakal berlangsung esok iaitu 7 Julai 2012.

Ella atau nama sebenar Norzila Aminuddin bakal bernikah dengan jejaka pilihan bernama Azhar Ghazali yang bekerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan Firefly.

Acara pernikahan Ella dan Azhar Ghazali bakal berlangsung di rumah keluarga pihak perempuan di Teluk Gadong, Klang atas permintaan ibu Ella sendiri, Yang Asmah Yong, 85.

Berita Harian hari ini melaporkan yang pihak lelaki bersetuju untuk memberikan RM50,000 sebagai wang hantaran berserta 7 dulang hantaran berbalas sembilan.

Bagaimanapun, majlis resepsi perkahwinan Ella dan Azhar Ghazali hanya akan berlangsung pada 1 Disember 2012 di Putrajaya International Convention Center (PICC).

SUMBER

Kisah Lampau Redza Syah Azmeer, Suami Irma Hasmie Dapat Perhatian


Sepanjang minggu ini, perkahwinan Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer memang menjadi topik perbualan hangat. Dan, pasti pengantin lelaki menjadi bahan bualan paling kerap.

Ramai memuji & mengidamkan kisah cinta mereka berdua yang bertemu ketika menunaikan umrah dan tidak kurang yang cuba mengungkit kisah silam Redza Syah.

Peminat hiburan melalui forum Cari mula mendedahkan yang sebenarnya Redza Syah Azmeer pernah berkahwin awal tahun 2012 yang lalu tetapi tidak kekal lama.

Kami menerima e-mail tentang punca perkahwinan Redza Syah Azmeer sebelum ini tidak kekal lama tetapi sangat tidak manis untuk kami ceritakan di sini untuk hiburan anda.

Cukuplah kami katakan jika berkahwin tanpa restu keluarga terbukti mempunyai kesan yang tidak berapa baik. Bekas isteri Redza, bernama F pun sudah mempunyai kehidupan sendiri.

Tidak salah sebenarnya untuk Irma Hasmie berkahwin dengan seorang duda & membuang ketepi masa silam suaminya yang kini mungkin sudah benar-benar berubah.

SUMBER

Disumpah Menjadi Batu Akibat Berzina Dengan Isteri Kawan

on 5 July 2012



Baru-baru ini, penulis ada menonton sebuah video yang agak memeranjatkan. Bila penulis perhatikan kandungan video tersebut didapati ada sebuah patung berbentuk manusia. Patung tersebut telah dijumpai dikawasan ladang sawit. Kejadian ini dikatakan baru saja berlaku tidak sampai sebulan lagi.

Ada bermacam-macam komen yang kami baca dari video ini. Ada yang kata patung yang berada dalam video ni telah disumpah kerana telah melakukan maksiat (tidak berapa pasti).

Cerita lain pula yang Panas dengar, "tempat 2 agak keras". Pasangan kekasih telah melakukan maksiat, nasib tidak baik terjadian perkara yang tak disangkakan. Wanita tersebut tiba-tiba bertukar jadi tanah,manakala yang si lelaki pula lari entah kemana.

Cerita ke-2 pula, patung tanah tersebut adalah seorang isteri yang berlaku curang.
Menurut sumber dalam video ni,patung ini mempunyai bau yang busuk. Apapun cerita ini masih kurang jelas, hak anda untuk menilai baik buruk kejadian ini. Hanya Allah yang mengetahui kebenarannya.

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved