Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Wanita Ini Dipenjara Kerana Pertahankan Dirinya Dari Dirogol

on 6 July 2012


Kes seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya berakhir dengan kisah menyayat hati apabila wanita yang menjadi mangsa rogol itu telah dihukum penjara kerana tindakannya melawan perogol tersebut telah menyebabkan kematian perogol berkenaan. Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, seorang suri rumah selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010.

Mengikut fakta kes, perogol itu menceroboh rumahnya ketika suami wanita itu tiada di rumah. Wanita itu walaupun cuba dikasari oleh lelaki jahanam itu tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu. Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki yang cuba merogolnya. Pukulan itu menyebabkan si-perogol itu mati di dalam rumahnya.

Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan pembunuhan kejam terhadap perogol tersebut.

Hakim kata Kalaichelvi telah melakukan “pembunuhan kejam”, tapi pada pandangan korang perbuatan merogol orang itu tak kejamkah? Jika korang menjadi wanita itu, adakah korang akan menyerah diri kepada perogol itu tanpa melawan atau bertindak berani untuk mempertahankan diri seperti yang dilakukan oleh Kalaichelvi?

Jika Kalaichelvi hanya membiarkan dirinya diperkosa dan lepas itu pergi ke balai polis membuat laporan, dia pasti tak akan dihukum penjara dua tahun. Perogol itu mungkin akan dipenjara dan lepas keluar penjara dia akan mencari Kalaichelvi untuk merogolnya sekali lagi atau mungkin akan pergi mencari wanita lain, termasuk kakitangan Mahkamah untuk merogol mereka pula. Atau jika tak bernasib baik mungkin selepas merogolnya, perogol itu akan membunuh Kalaichelvi untuk menghapuskan bukti!!!

SUMBER

Uncle Seekers Didapati Positif Dadah


Ujian air kencing yang dilakukan oleh polis terhadap pengendali laman blog (www.uncleseekers.blogspot.com), Syed Abdullah Syed Hussein atau lebih dikenali dengan Uncle Seekers mendapati beliau positif dadah jenis morfin.

Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan hari ini, berkata ujian air kencing itu dijalankan terhadap Uncle Seekers pada pukul 1.25 petang tadi, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya. "Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan itu.

Semalam, Polis Johor menahan Syed Abdullah yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang didakwa menfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman blognya.

Penangkapan Uncle Seekers bersama seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain pada pukul 9.45 malam di Plaza Tol Senawang, Seremban dilakukan anggota polis IPD Nusajaya.

Menurut kenyataan itu, Syed Abdullah dan Siti Nadhirah ditangkap untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Polis Johor turut memperoleh perintah reman terhadap kedua-dua mereka selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah daripada Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam bagi membantu siasatan.

Ahad lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

SUMBER

Ella Terima Hantaran Perkahwinan RM50,000 Dan Gambar Bakal Suami Ella


Seperti yang semua sedia maklum, pernikahan paling dinanti sejak era kegemilangan rock di Malaysia bakal berlangsung esok iaitu 7 Julai 2012.

Ella atau nama sebenar Norzila Aminuddin bakal bernikah dengan jejaka pilihan bernama Azhar Ghazali yang bekerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan Firefly.

Acara pernikahan Ella dan Azhar Ghazali bakal berlangsung di rumah keluarga pihak perempuan di Teluk Gadong, Klang atas permintaan ibu Ella sendiri, Yang Asmah Yong, 85.

Berita Harian hari ini melaporkan yang pihak lelaki bersetuju untuk memberikan RM50,000 sebagai wang hantaran berserta 7 dulang hantaran berbalas sembilan.

Bagaimanapun, majlis resepsi perkahwinan Ella dan Azhar Ghazali hanya akan berlangsung pada 1 Disember 2012 di Putrajaya International Convention Center (PICC).

SUMBER

Kisah Lampau Redza Syah Azmeer, Suami Irma Hasmie Dapat Perhatian


Sepanjang minggu ini, perkahwinan Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer memang menjadi topik perbualan hangat. Dan, pasti pengantin lelaki menjadi bahan bualan paling kerap.

Ramai memuji & mengidamkan kisah cinta mereka berdua yang bertemu ketika menunaikan umrah dan tidak kurang yang cuba mengungkit kisah silam Redza Syah.

Peminat hiburan melalui forum Cari mula mendedahkan yang sebenarnya Redza Syah Azmeer pernah berkahwin awal tahun 2012 yang lalu tetapi tidak kekal lama.

Kami menerima e-mail tentang punca perkahwinan Redza Syah Azmeer sebelum ini tidak kekal lama tetapi sangat tidak manis untuk kami ceritakan di sini untuk hiburan anda.

Cukuplah kami katakan jika berkahwin tanpa restu keluarga terbukti mempunyai kesan yang tidak berapa baik. Bekas isteri Redza, bernama F pun sudah mempunyai kehidupan sendiri.

Tidak salah sebenarnya untuk Irma Hasmie berkahwin dengan seorang duda & membuang ketepi masa silam suaminya yang kini mungkin sudah benar-benar berubah.

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved