Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Ella Dan Azhar Ghazali 7 Julai 2012

on 7 July 2012


Pada ketika artikel ini sedang ditaip, majlis pernikahan Ella dan pasangan, Azhar Ghazali sedang berlangsung yang mengambil tempat di Teluk Gadong, Klang Selangor.

Namun, masalah teknikal yang melibatkan bekalan elektrik terputus (blackout) menyebabkan majlis ini tertangguh sehingga saat ini. Kami akan cuba bawakan yang terkini untuk anda.

UPDATE-1: Ella & Azhar Ghazali akan terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sebelum diteruskan dengan majlis akad nikah yang akan di’jalankan oleh Tuan Haji Baharudin Hj Abu Bakar.

UPDATE-2: Alhamdulillah. Dengan hanya sekali lafaz, Ella sah bergelar isteri kepada Azhar Ghazali nilai dengan mas kahwin RM50,300. Tahniah buat kedua dua mereka!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SUMBER

Erra Fazira Dan Engku Emran Akan Bercerai???


Nampaknya desas desus tidak enak tentang rumahtangga Erra Fazira dan Engku Emran kembali ke status yang meragukan walaupun cuba dineutralkan sebelum ini.

Kenyataan Engku Emran yang mengatakan hubungan mereka suami isteri masih kekal utuh nyata tidak dapat membantu meredakan spekulasi yang wujud hampir setahun ini.

Murai semalam melaporkan yang Erra Fazira memberikan satu kenyataan kepada sebuah akhbar tempatan yang seakan redha dengan apa pun yang terjadi selepas ini.

“Apapun, sama ada jalan seorang ke ‘kanan’ dan seorang lagi ke ‘kiri’ yang kami pilih nanti, saya redha. Saya harap semua orang mendoakan yang terbaik buat kami,” ujar Erra Fazira.

Engku Emran yang dihubungi wartawan Murai untuk mengulas kenyataan isterinya itu bagaimana pun enggan untuk berikan apa apa komen & kenyataan lanjut.

“Cukuplah dengan kenyataan yang telah saya berikan sebelum ini. Saya minta maaf, saya tidak mahu mengulas lanjut lagi. Saya tak mahu memberi sebarang kenyataan lagi kerana bimbang isu ini akan terus merebak,” ujar Engku Emran ringkas.

SUMBER

Gambar Wanita Garu Punggung Ini Terjual 2 Juta


Fotografer Martin Elliot, yang mengambil gambar pemain tenis cewek seksi pada tahun 1976 dan gambar itu telah terjual sebanyak dua juta salinan telah meninggal dunia di rumahnya dekat Truro, Cornwall, England.

Dia menderita kanser dan meninggal dalam usia 63 tahun. Isterinya, Noelle, yang bertemu Elliot tahun 1987, menggambarkan awal kehidupan mereka sebagai "gila" kerana mendapat pengiktirafan sdunia berkat gambar tersebut. "Martin menjual foto itu ke Athena yang kemudian membuatnya dalam bentuk poster, tetapi Martin tetap memegang hak ciptanya. Saya masih mendapat royalti sampai sekarang," kata Noelle.

Elliot belajar fotografi di Birmingham School of Photography, kemudian bekerja dalam bidang periklanan di Birmingham's Jewellery Quarter. Elliot bersara 11 tahun lalu. "Martin punya selera humor yang menakjubkan dan pelawak yang luar biasa," katanya.

SUMBER

Wanita Ini Dipenjara Kerana Pertahankan Dirinya Dari Dirogol

on 6 July 2012


Kes seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya berakhir dengan kisah menyayat hati apabila wanita yang menjadi mangsa rogol itu telah dihukum penjara kerana tindakannya melawan perogol tersebut telah menyebabkan kematian perogol berkenaan. Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, seorang suri rumah selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010.

Mengikut fakta kes, perogol itu menceroboh rumahnya ketika suami wanita itu tiada di rumah. Wanita itu walaupun cuba dikasari oleh lelaki jahanam itu tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu. Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki yang cuba merogolnya. Pukulan itu menyebabkan si-perogol itu mati di dalam rumahnya.

Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan pembunuhan kejam terhadap perogol tersebut.

Hakim kata Kalaichelvi telah melakukan “pembunuhan kejam”, tapi pada pandangan korang perbuatan merogol orang itu tak kejamkah? Jika korang menjadi wanita itu, adakah korang akan menyerah diri kepada perogol itu tanpa melawan atau bertindak berani untuk mempertahankan diri seperti yang dilakukan oleh Kalaichelvi?

Jika Kalaichelvi hanya membiarkan dirinya diperkosa dan lepas itu pergi ke balai polis membuat laporan, dia pasti tak akan dihukum penjara dua tahun. Perogol itu mungkin akan dipenjara dan lepas keluar penjara dia akan mencari Kalaichelvi untuk merogolnya sekali lagi atau mungkin akan pergi mencari wanita lain, termasuk kakitangan Mahkamah untuk merogol mereka pula. Atau jika tak bernasib baik mungkin selepas merogolnya, perogol itu akan membunuh Kalaichelvi untuk menghapuskan bukti!!!

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved