Isu tersebut sudah pun selesai awal minggu lalu apabila Anzalna Nasir secara terbuka meminta maaf kepada Neelofa atas ketelanjuran kata beliau melalui akhbar Berita Harian.
Kini Neelofa sedang berada di kota suci Mekah mengerjakan umrah mengambil peluang sempena jadual lakonan beliau yang melibatkan beberapa lokasi di sana.
Neelofa terlibat dalam penggambaran drama bersiri sebanyak 26 episod bertajuk Kau Yang Terindah yang diarahkan oleh pengarah dan penerbit popular Erma Fatima.