Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Pemandangan Pelik Di Pantai China.

on 11 July 2012

 

Bila melihat gambar-gambar ini, sudah tentu kita akan tertanya-tanya apa motif utama mereka mengenakan topeng muka. Pemandangan pelik ini terjadi di pantai China. Ianya dikenakan bukanlah bertujuan untuk merompak bank, namun kebanyakan wanita ini adalah mereka yang sudah dalam pertengahan umur wanita. Mereka 'berpenampilan sesuai' di pantai.


Wanita di Pantai Qingdao, China utara-timur wilayah Shandong, memakai topeng nilon yang sedikit menakutkan untuk melindungi diri mereka apabila mereka ke pantai. Topeng, yang dicipta oleh warga tempatan tujuh tahun yang lalu, digunakan untuk menghalang sinaran matahari yang memudaratkan agar si pemakai tidak perlu menggunakan 'sun burn'.

Produk ini kini di bawah pengeluaran besar-besaran dan dijual di kedai-kedai pakaian renang sepanjang wilayah Shandong Timur Laut China. Pelabuhan laut bandar Qingdao terkenal dengan pantai, yang terkenal dengan air jernih, ombak lembut dan pasir memukau. Pemandangan indah ini juga sebanding di Hawaii, Bali atau Pulau Samet di Thailand.

SUMBER

Antara Kelakuan Buruk Awek Ketika Berada Di Tempat Awam

Kebiasaan buruk para awek-awek di tempat umum, bagi anda lelaki wajib tahu. Tahu tak apa yang menjadi kebiasaan buruk wanita itu??? Wanita sering melakukan kebiasaan-kebiasaan buruk di depan umum, baik dilakukan secara sengaja maupun tanpa mereka sedari.

 
 
 
 
 
 
 

SUMBER

Sasha Elite Dan Suami, Salyo Priyanto Sah Bercerai Talak Satu


Tiada drama mahu pun sebarang kenyataan pemedih hati antara mereka. Rumahtangga Sasha Elite dan suaminya, Salyo Priyanto yang dibina selama lima tahun nampaknya tidak panjang.

Laporan mStar Online menyebut yang Salyo Priyanto melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Sasha Elite di Mahkamah Rendah Syariah Gombak.

Pasangan ini disahkan bercerai oleh mahkamah sekitar jam 2.55 pagi dan kedua dua mereka dilihat menitiskan air mata sejurus selepas lafaz cerai dilakukan.

Sasha Elite dan Salyo Priyanto telah mengambil keputusan untuk bercerai dengan alasan tiada lagi persefahaman selain mereka berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.

Salyo Priyanto di’arahkan untuk membayar edah sebanyak RM300 selama 3 bulan selain turut bersetuju untuk memberikan nafkah anak sebanyak RM500 sebulan.

SUMBER

(Video) Mencemaskan... Kanak-kanak Atas Balkoni Tingkat Lapan!

on 10 July 2012


Seorang kanak-kanak hampir berdepan dengan kematian bila dirakamkan sedang berada di atas balkoni kira-kira 100 kaki dari paras tanah. Kejadian ini belaku di Wyken, sebuah bandar kecil di daerah Coventry, England.

Balkoni tersebut berada di tingkat lapan, dan kanak-kanak tersebut duduk dan merangkak di atasnya mengundang kegusaran orang ramai yang sempat melihat aksinya dari bawah.


Seorang jiran dari apartmen bersebelahan, Debbie Green, sempat merakamkan video dramatik di bawah.

“Saya terlihat seorang kanak-kanak bermain di atas balkoni tanpa ada sesiapa yang mengawasinya. Saya sangkakan dia akan terjatuh dan jika itu berlaku sudah pasti kanak-kanak ini akan menemui ajal. Saya tidak pernah merasa kegusaran sebegini,” kata Debbie. “Angoota polis datang kira-kira 6 minit kemudian tapi saya rasakan terlalu lama dan menakutkan,” tambahnya. Selepas menggeledah selama 7 minit anggota polis akhirnya menemui unit apartment kepunyaan ibu-bapa kanak-kanak tersebut. Mereka sedang tidur semasa anak mereka hampir berdepan dengan maut jika terjatuh dari balkoni. SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved