Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Gempar!!! Rita Rudaini Bakal Kahwini Rosyam Nor

on 23 July 2012


Pelakon cantik, Rita Rudaini mengakui ada terfikir untuk berhijrah imej menjadi seorang wanita yang bertudung. Bagaimanapun, Rita yang kini sibuk menjalani penggambaran filem Balistik di sekitar Lembah Klang mahu berhijrah dengan kerelaan hati.

"Insya-Allah, suatu hari nanti saya akan berhijab. Terus-terang, saya ada terfikir untuk ke arah itu. Kalau boleh, biarlah saya bertudung atas kerelaan hati tanpa ada paksaan orang lain," katanya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Rita Rudaini memberitahu, lamaran untuk menjadi isteri Rosyam Nor dalam filem Balistik diterima kerana dia tahu produser hebat ini seringkali memberikan watak yang terbaik buat dirinya.

"Sebenarnya, sebelum ini Rita ada mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem lain. Namun, Rita tidak terima tawaran berkenaan kerana berasakan ianya tidak bersesuaian dengan Rita.

"Namun, Rita setuju untuk terima berlakon dalam filem Balistik kerana Rita tahu Rosyam tidak pernah mengecewakan Rita.

"Buktinya, setiap kali drama yang Rita berlakon di bawah syarikat produksinya, pasti ianya akan memberikan impak yang bagus buat diri Rita. Lagipun, Rita pun serasi bekerja dengan dia," jelasnya.

Ponteng Sekolah 100 Hari, Tiga Beradik Keletihan Jual Nasi Lemak


Tiga beradik berusia lapan hingga 11 tahun terpaksa ponteng sekolah kerana keletihan menjual nasi lemak untuk menampung keluarga manakala kakak sulung mereka sudah berhenti sekolah disebabkan malu diejek rakan berikutan gagal menjelaskan yuran sekolah.

Itu pengorbanan dan masalah yang membelenggu empat beradik terbabit dan ibu mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Noraini, 35, amat kecewa kerana anak-anaknya itu tidak dapat meneruskan pelajaran seperti rakan lain, sedangkan mereka ada potensi untuk maju.

“Pengorbanan empat anak saya begitu besar nilainya dan tiada tandingan, malah kerana bersusah-payah membantu saya meneruskan kehidupan seharian dengan menjual makanan setiap hari tanpa mengira panas atau hujan.

“Mereka bukan sengaja ponteng sekolah, sebaliknya disebabkan keletihan kerana berjalan lebih tiga kilometer setiap hari menjual nasi lemak, mi goreng dan bihun goreng yang saya buat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kempas, di sini.

Noraini berkata, dia terpaksa bergantung kepada tiga anaknya yang dikenali sebagai Hamirul, 11, Nabila, 9, dan Alyah, 8, untuk mencari wang bagi menampung kehidupan kerana suami meninggalkannya dalam keadaan ‘digantung tak bertali’ sejak lima tahun lalu.

Patung Berusia 200 000 Tahun Ditemui Di Bulan???

on 22 July 2012


Sebuah catatan daripada saintis baru sahaja membuktikan bahawa permukaan Bulan pada suatu ketika pernah dihuni dengan kehidupan asing. Hal itu telah dibuktikan berdasarkan penemuan sebuah arca bersaiz 10 inci di permukaan Bulan.

Pakar geologi, Dr Morris Charles menceritakan bahawa batu aneh tersebuh telah dibawa ke makmal penyelidikan NASA sejurus selepas kepulangan ekspedisi Apollo 11 pada tahun 1969. Dr.Charles merupakan salam seorang penyelidik NASA yang telah bekerja selama 23 tahun sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Walaubagaimanapun, dia masih tetap menjaga hubungan dengan pihak tempat dia bekerja dahulu.

"Arca tersebut meningkatkan perasaan ingin tahu kita. Ini bererti pada suatu waktu dahulu, atmosfera di Bulan boleh menyokong kehidupan. Selain daripada itu, arca tersebut juga menunjukkan nilai estetika yang indah dari masyarakat yang membuatnya." kata Dr.Charles kepada pemberita.

Arca yang dikenali sebagai "Angel" atau bidadari itu diperbuat daripada kombinasi besi khusus yang boleh ditemui secara ekslusif di beberapa tempat mengikut ketinggian tertentu di bulan. "Angel" merupakan arca yang menyerupai perempuan memiliki sayap di bahagian belakang dengan rambut yang panjang.

Terdapat juga kemungkinan yang arca "Angel" didatangkan khusus daripada planet lain. Berdasarkan analisis radiokaron, pakar geologi berpendapat bahawa arca tersebut telah berusia lebih dari 200,000 tahun, yang berkemungkinan ia dibuat 170,000 tahun sebelum spesies manusia muncul di Bumi.

Dr.Miles Fredericks dari Universiti New York ada membuat kajian mengenai teori lagenda orang Sumeria yang menceritakan tentang Annunaki, dewa-dewa bersayap, yang berasal dari abad 18 SM. Mungkin juga orang Sumeria pernah dikunjungi penghuni bulan, yang rupanya hampir sama dengan imej dari arca "Angel".

Walaupun terdapat banyak persoalan yang menyelubungi misteri figura "Angel", tetapi sebahagian masyarakat mempersoalkan mengapa rahsia tersebut disimpan begitu lama. "Artifak ini telah menjadi rahsia umum kepada pihak NASA selama bertahun-tahun. Namun pihak NASA terpaksa menyimpan rahsia ini bagi mencegah masyarakat dunia daripada menjadi panik.

 
 

(Gambar) Diana Danielle Bercuti Di Eropah


Sekitar Jun 2012 yang lalu, Diana Danielle telah terbang ke beberapa buah bandar di Eropah sebagai sebahagian daripada percutian beliau bersama rakan-rakan.

Aktress yang bakal muncul dengan filem Hantu Gangster arahan Namewee ini menjejakkan kaki ke London, Amsterdam dan Barcelona bersama tiga orang rakan lain.

Memetik pengalaman ketika di London, Diana Danielle berkata mereka mengambil keputusan untuk memasak sendiri kerana bahan mentah halal yang murah & senang di’dapati.

Dan, kami petik beberapa keping gambar yang dikongsikan Diana Danielle melalui akaun Facebook dan Twitter beliau untuk anda berasa cemburu tidak bertempat. Haha

 
 
 
 
 
 
 

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved