Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Gambar) Nora Danish Bersama Rayqal Di Majlis Berbuka Puasa

on 31 July 2012


Entah tiada ribut tiada angin semalam timbul satu gossip liar mengatakan Nora Danish kini sedang hangat bercinta dengan pelakon popular, Shaheizy Sam.

Di’mulakan oleh sebuah akhbar hujung minggu, Shaheizy Sam sendiri menafikan perkara tersebut yang di’anggap tidak logik, mengarut dan tidak berasas. – mStar Online

Bercakap kepada GUA hari ini, Nora Danish berkata beliau membatalkan hasrat untuk pulang beraya ke Myanmar seperti biasa kerana krisis yang sedang melanda.

Dan, berbalik kepada tajuk, Nora Danish semalam hadir ke majlis sidang media pelancaran novel Mencari Cinta dan juga majlis berbuka puasa yang berlangsung di Jalan Ampang.

Hadir dengan mengenakan busana merah sedondon dengan anak lelaki kesayangan, Rayqal, pasangan anak beranak ini memang menjadi salah satu tumpuan hadirin.

Terima kasih kepada Media Hiburan, anda kini boleh menatap wajah terkini Nora Danish bersama Rayqal sekitar majlis yang berlangsung semalam.

 

Blogger Cun Cipta Rekod Cium 100 Lelaki

on 30 July 2012


Yang Ya-ching, seorang blogger berbangsa Taiwan mempunyai misi untuk mencium 100 lelaki tak dikenali di Paris. Ia berumur 27 tahun dan sedang belajar di Paris.

Dengan hasrat untuk mengenang keberadaannya di bandar ini, dia memulakan misinya dengan mencium salah seorang pekerja 'advertising' yang sedang memasang papan tanda.

Tindakannya ini menimbulkan kontroversi sendiri di blog peribadinya. Menurut Taipei Times, para lelaki Taiwan agak cemburu dan menyesalkan kenapa misi ini dilakukan di Paris bukannya di Taiwan sendiri. Sedangkan yang lain berkritik bahawa misi ini hanyalah salah satu alasan untuk dapat mencium lelaki tampan di Paris.

 
 
 
 
 
 
 

(Gambar) Aksi Manja Liyana Jasmay Di New York

Aksi manja Liyana Jasmay di Kota New York, Amerika Syarikat ditemani oleh ibu bapanya Habsah Simpon dan Jasmay Md Shah. Meskipun terpaksa berpuasa di rantau orang, namun nampaknya Liyana cekal menghadapi cabaran itu demi menimba ilmu.

Untuk info, Liyana ke New York bagi melanjutkan pengajian jangka pendek dalam bidang pengarahan dan lakonan selama enam bulan di New York Film Academy (NYFA).

 
 
 
 
 

Diana Amir Bakal Kahwini Ustaz


Hampir setahun rasanya Diana Amir berhijrah dan semakin hari gadis ini tampak semakin manis dalam imej Islamik yang di’pilih — para ustaz juga bersetuju.

Pemilik sebenar nama Nurdiyana Amir Hashim ini mengakui ada beberapa orang lelaki bergelar ustaz mengajak untuk berkenalan.

Namun anehnya, Diana Amir terus tidak membalas SMS ustaz berkenaan yang mengambil inisiatif untuk memulakan langkah perkenalan atau taaruf, istilah mereka.

“Saya masih tidak berani, misi saya sekarang untuk mendalami Islam. Ilmu saya masih tidak cukup & tidak mahu campur aduk perkara lain dalam usaha saya kenal dengan agama sendiri”

Diana Amir bagaimana pun berkata beliau tidak menolak jika di’jodohkan dengan lelaki bergelar ustaz asalkan mempunyai peribadi yang baik & boleh membimbing.

Meletakkan lelaki yang beriman dan bijak dalam membimbing keluarga sebagai kriteris, Diana Amir mensasarkan untuk berkahwin pada tahun hadapan kerana ingin zuriat.

“Saya mahu cepat-cepat dapat zuriat. Kalau dulu saya mahu kahwin sebab mahu mempunyai suami, tetapi sekarang saya begitu mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata sendiri kerana saya terlalu sukakan kanak-kanak,” jelas Diana Amir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved