Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Diana Amir Bakal Kahwini Ustaz

on 30 July 2012


Hampir setahun rasanya Diana Amir berhijrah dan semakin hari gadis ini tampak semakin manis dalam imej Islamik yang di’pilih — para ustaz juga bersetuju.

Pemilik sebenar nama Nurdiyana Amir Hashim ini mengakui ada beberapa orang lelaki bergelar ustaz mengajak untuk berkenalan.

Namun anehnya, Diana Amir terus tidak membalas SMS ustaz berkenaan yang mengambil inisiatif untuk memulakan langkah perkenalan atau taaruf, istilah mereka.

“Saya masih tidak berani, misi saya sekarang untuk mendalami Islam. Ilmu saya masih tidak cukup & tidak mahu campur aduk perkara lain dalam usaha saya kenal dengan agama sendiri”

Diana Amir bagaimana pun berkata beliau tidak menolak jika di’jodohkan dengan lelaki bergelar ustaz asalkan mempunyai peribadi yang baik & boleh membimbing.

Meletakkan lelaki yang beriman dan bijak dalam membimbing keluarga sebagai kriteris, Diana Amir mensasarkan untuk berkahwin pada tahun hadapan kerana ingin zuriat.

“Saya mahu cepat-cepat dapat zuriat. Kalau dulu saya mahu kahwin sebab mahu mempunyai suami, tetapi sekarang saya begitu mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata sendiri kerana saya terlalu sukakan kanak-kanak,” jelas Diana Amir.
Ranking: 5

{ 3 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

alhamdulillah... perubahan yg membina..... semoga menjadi tauladan kepada peminat....


31 July 2012 at 16:24
mujagirl92 said...

suka tengok dia skarang,,,


2 August 2012 at 18:12
redlomo.com said...

tahniah.. dan semoga berbahagia


11 August 2012 at 09:14
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved