Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Gambar Bayi Lelaki Dynas, Mohamed Haqaish

on 6 August 2012

Tahniah kepada Dynas atau nama penuhnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar atas kelahiran bayi lelaki mereka. Baby tersebut yang diberi nama Mohamed Haqaish yang lahir 44 hari sebelum ini (15 Jun 2012) dengan berat 3.2 kg.

Sebelum ini, Dynas dan suaminya mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Khayra Khalyssa tetapi dengan kehadiran bayi lelaki terbaru, pastinya hidup mereka makin bahagia dan lengkap.

(Gambar) Shila Amzah Sudah Bertudung Sepenuhnya


Jikalau para pembaca sekalian mengikuti perkembangan Shila Amzah melalui Twitter beliau, pasti kalian perasan yang penyanyi dan pelakon ini sudah pun mula mengenakan tudung hampir sebulan yang lalu khususnya di bulan Ramadhan.

Melihat perkembangan positif terbaru Shila Amzah ini, ramai peminat mula mendoakan yang pelantun lagu 'Patah Seribu' ini untuk mengekalkan imej bertudung beliau.

Shila Amzah sendiri sebelum ini pernah menyuarakan hasrat beliau untuk kekal bertudung dan ibu serta kekasih hati, Sharnaaz Ahmad antara penyokong terkuat hasrat beliau itu.

“Siapa yang tidak mahu bertudung. Dalam jiwa mana-mana wanita sekalipun, pasti akan mempunyai impian seperti ini dan cuma menunggu masanya saja. Masanya akan sampai juga”, kata Shila Amzah

Shila Amzah yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran ke 22 pada 13 Ogos ini juga menjawab beberapa soalan peminat di Twitter seperti mengiyakan penhijrahan beliau.

 

Gambar Nakal Miley Cyrus Tersebar Di Internet


Gambar nakal (bogel) Aktres Hollywood terkenal, Miley Cyrus yang diambil khas untuk tatapan tunangnya, Liam Hemsworth dilaporkan telah bocor (tersebar) ke internet. Foto bogel berkenaan diambil di dalam kolam mandi oleh jurugambar Vijat Mohindra.

Gambar berkenaan yang didakwa diambil tahun lalu ketika Cyrus berusia 18 tahun pertama kali disiarkan dalam blog Life of The Rich and Famous.

Mohindra dan Cyrus merupakan rakan baik dan lelaki berkenaan pernah mendokumentasikan gambar untuk penyanyi berkenaan ketika jelajah musim panas tahun lalu.

“Gambar itu hanya untuk tatapan Liam seorang sahaja namun kini ia berada dalam laman web Mohindra,’’ lapor blog tersebut.

Dalam pada itu, Liam dilaporkan begitu marah dengan paparan gambar berkenaan dan tidak senang duduk ketika berada di set penggambaran filem terbarunya Paranoia.

“Cyrus benar-benar menyebabkan Liam marah.

“Ketika menjalani penggambaran di Philadelphia, Cyrus yang menemaninya mempunyai program tersendiri termasuk membeli belah dan merawat kuku.

“Namun ketika Cyrus mengajak Liam supaya menghabiskan masa di sebuah bar, pelakon berkenaan tidak melayannya.’’ kata sumber.

Liam turut meminta Cyrus pulang ke rumah kerana dia ingin menumpukan perhatian terhadap lakonannya itu.

Olimpik 2012 : Lee Chong Wei Mohon Maaf Melalui Twitter


Pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei meminta maaf melalui akaun twitter miliknya kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kegagalannya memenangi emas pada Olimpik 2012. Mari kita tengok gambar 'printscreen' yang penulis dapat.


SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved