Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Gambar) Shila Amzah Sudah Bertudung Sepenuhnya

on 6 August 2012


Jikalau para pembaca sekalian mengikuti perkembangan Shila Amzah melalui Twitter beliau, pasti kalian perasan yang penyanyi dan pelakon ini sudah pun mula mengenakan tudung hampir sebulan yang lalu khususnya di bulan Ramadhan.

Melihat perkembangan positif terbaru Shila Amzah ini, ramai peminat mula mendoakan yang pelantun lagu 'Patah Seribu' ini untuk mengekalkan imej bertudung beliau.

Shila Amzah sendiri sebelum ini pernah menyuarakan hasrat beliau untuk kekal bertudung dan ibu serta kekasih hati, Sharnaaz Ahmad antara penyokong terkuat hasrat beliau itu.

“Siapa yang tidak mahu bertudung. Dalam jiwa mana-mana wanita sekalipun, pasti akan mempunyai impian seperti ini dan cuma menunggu masanya saja. Masanya akan sampai juga”, kata Shila Amzah

Shila Amzah yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran ke 22 pada 13 Ogos ini juga menjawab beberapa soalan peminat di Twitter seperti mengiyakan penhijrahan beliau.

 
Ranking: 5

{ 4 ong gedek gedek... read them below or add one }

aswadz said...

elok la tu kalo nak kekal bertudung...


6 August 2012 at 12:34
lynmunir said...

Tahniah kerana dia berani berhijrah.


6 August 2012 at 12:54
Unknown said...

semoga berkekalan.....


6 August 2012 at 13:13
Razil Tahir said...

Alhamdulillah...
Semoga kekal.. hehe


6 August 2012 at 13:47
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved