Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Gambar) Kepulangan Lee Chong Wei Dari Olimpik 2012 Disambut Meriah

on 7 August 2012

Pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei disambut meriah di KLIA atas kepulangan beliau dari Olimpik 2012 oleh para peminat. Walaupun gagal meraih pingat emas, Lee Chong Wei tetap dijulang sebagai hero negara.

 
 
  

Manusia Bersayap. Adakah Fakta Atau Mitos?

on 6 August 2012


Beberapa waktu yang lalu, Guangzhou, China di gemparkan dengan beredarnya foto manusia bersayap yang di temukan di daerah tersebut. Menurut berita yang beredar saat di temukan manusia bersayap itu sudah dalam keadaan tidak bernyawa. Cerita tentang foto tersebut menimbulkan berbagai macam spekulasi tentang apa sebenarnya susuk misteri yang di gambarkan sebagai perempuan tua dengan pakaian serba putih dengan sayap yang sudah tidak ada bulunya lagi. Anggapan paling banyak adalah bahawa manusia bersayap tersebut adalah malaikat yang jatuh dari langit.

Oleh kerana cerita itu heboh diperkatakan, menyebabkan dua orang mahasiswa menyelidik kebenaran foto itu. Dari pengamatan yang mereka lakukan, muncul sebuah kesimpulan bahawa Foto ini di buat dengan tehnik manipulasi yang sangat bagus. Kesalahan dalam foto ini adalah sayap perempuan tua yang di sebut-sebut sebagai malaikat yang jatuh dari langit ternyata hanyalah "SAYAP AYAM".


SUMBER

Lihat Cara Orang Kaya Arab Makan!

Sebenarnya gambar bagaimana pemerintah Qatar, Syeikh Hamad bin Khalifa al-Thani melayani tetamunya sudah lama lama tersebar di internet

Bayangkan, nasi beriani dengan kambing seekor, diulang, bukan seketul, tapi seekor dihidangkan pada SETIAP TETAMU sewaktu majlis makan.

Macam manalah nak habis agaknya ye…tak tahulah kalau-kalau pak-pak sheikh tu boleh ‘menyelesaikan’ nasi beriani tu dengan sekali hadap.

Pendek kata, ‘confirm’ membazir!

Untuk rekod, dua tahu lepas Qatar dikatakan menduduki tempat pertama sebagai negara terkaya di dunia berdasarkan perdapatan per kapita yang mencapai US$ 109,881.00.

Perkembangan ekonominya meningkat sehingga 19.4% paling tinggi di dunia.

Kerajaannya juga pernah memberi ‘hadiah’ berupa kenaikan gaji antara 60% sehingga 200% kepada setiap pekerja di sektor awam!

Disebabkan menjadi negara terkaya di dunia dan kenaikan gaji yang sungguh luar biasa, tak dapat dinafikan taraf hidup juga meningkat dengan mendadak.

Qatar mengungguli senarai negara yang mempunyai kos hidup paling tinggi setakat ini.

 
 

gambar di bawah pula tak berkenaan dgn entry kat atas...cuma perhatikan juga cara orang-orang kaya mereka menjamu selera..

 

yang menjadi persoalannya...habis ke diorang mentekedarah nih??

akhirnya.......
lihat lagi......


semuanya dibuang.....jadi sampah..

Tauke Raja Lawak Kahwin Lagi


Rupa-rupanya, Tauke Raja Lawak atau nama sebenar Zamatul Amri Zakaria, 35, sudah tiga kali berkahwin. Malah, pernikahannya paling baru telah berlangsung di Thailand sebelum pelawak tersebut menyertai program Super Spontan anjuran Astro baru-baru ini. Ini baru betul diam-diam berisi.

"Yang sebenarnya, saya dah tiga kali berkahwin. Dengan isteri pertama, saya dah lama cerai. Manakala dengan isteri kedua masih dalam proses penceraian dan menunggu kata putus dari mahkamah. Semuanya berlaku secara kebetulan yang mana saya bernikah dengan isteri baru saya iaitu Meera sebelum saya jatuhkan talak secara sah kepada isteri saya sebelum ini. Saya juga mengaku bahawa saya berkahwin dengan Meera di Thailand dengan ditemani beberapa saksi," ujar tauke kepada media.

Bagaimanapun, beliau menafikan dirinya sudah bercerai dengan isteri yang baru dinikahinya itu. Sebaliknya, dia mengakui sedang mengalami krisis rumah tangga dengan perkahwinan baru berkenaan.

"Saya dan Meera masih sah suami isteri. Suami mana yang tidak sayangkan isterinya. Namun, secara jujur sudah hampir sebulan lebih saya tidak berjumpa dan tinggal sebumbung dengan Meera.

"Saya juga tidak menafikan bahawa kami sedang mengalami masalah rumahtangga. Saya boleh katakan disini, ianya berpunca dari hasutan dari orang ketiga.

"Secara jujur, saya dan Meera bercadang hendak membuat satu majlis lepas raya ini. Namun, saya masih tidak tahu sama ada ianya boleh dilakukan atau tidak kerana ketika ini saya juga sedang menanti sama ada ikatan sah saya dengan Meera boleh diselamatkan atau pun tidak," jelasnya dipetik sebagai berkata.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved