Rupa-rupanya, Tauke Raja Lawak atau nama sebenar Zamatul Amri Zakaria, 35, sudah tiga kali berkahwin. Malah, pernikahannya paling baru telah berlangsung di Thailand sebelum pelawak tersebut menyertai program Super Spontan anjuran Astro baru-baru ini. Ini baru betul diam-diam berisi.
"Yang sebenarnya, saya dah tiga kali berkahwin. Dengan isteri pertama, saya dah lama cerai. Manakala dengan isteri kedua masih dalam proses penceraian dan menunggu kata putus dari mahkamah. Semuanya berlaku secara kebetulan yang mana saya bernikah dengan isteri baru saya iaitu Meera sebelum saya jatuhkan talak secara sah kepada isteri saya sebelum ini. Saya juga mengaku bahawa saya berkahwin dengan Meera di Thailand dengan ditemani beberapa saksi," ujar tauke kepada media.
Bagaimanapun, beliau menafikan dirinya sudah bercerai dengan isteri yang baru dinikahinya itu. Sebaliknya, dia mengakui sedang mengalami krisis rumah tangga dengan perkahwinan baru berkenaan.
"Saya dan Meera masih sah suami isteri. Suami mana yang tidak sayangkan isterinya. Namun, secara jujur sudah hampir sebulan lebih saya tidak berjumpa dan tinggal sebumbung dengan Meera.
"Saya juga tidak menafikan bahawa kami sedang mengalami masalah rumahtangga. Saya boleh katakan disini, ianya berpunca dari hasutan dari orang ketiga.
"Secara jujur, saya dan Meera bercadang hendak membuat satu majlis lepas raya ini. Namun, saya masih tidak tahu sama ada ianya boleh dilakukan atau tidak kerana ketika ini saya juga sedang menanti sama ada ikatan sah saya dengan Meera boleh diselamatkan atau pun tidak," jelasnya dipetik sebagai berkata.
{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }
dah tiga kali kawen tak bahagia jugak???? mesti ada sesuatu nie.....he3
6 August 2012 at 16:14
Post a Comment