Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Saman Trafik RM 2,000, Duit Raya Kerajaan BN Kepada Rakyat

on 8 August 2012


Pengguna jalan raya yang balik kampung sempena raya Aidilfitri berdepan saman sehingga RM 2,000 dalam Ops Sikap berikutan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memasang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) pada bulan Ogos lalu.

Mengulas keputusan JPJ itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menyifatkan kerajaan cuba mengambil kesempatan ke atas rakyat yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya. “Saya pasti banyak saman akan dikeluarkan. Isunya adakah kadar kemalangan berjaya dikurangkan atau tidak,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Yusmadi, beliau sememangnya sangsi dengan sistem tersebut. Apatah lagi setelah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda pada sesi Parlimen lepas, menaikkan kadar saman trafik antara RM300 hingga RM2,000 bagi setiap kesalahan.

Katanya, kadar saman yang tinggi dan jumlah sasaran kutipan yang besar memperlihatkan niat kerajaan untuk mencari keuntungan berbanding mendidik pemandu. “Saya menggesa supaya pemantauan dijalankan dengan lebih mantap untuk mendidik pengguna, bukan sekadar mengenakan saman sahaja. “Kerajaan juga harus lihat tugas menjaga keselamatan ini sebagai tanggungjawab mereka dan bukan sebagai peluang untuk kutip dana,” katanya lagi.

Yusmadi ketika perbahasan, mencabar Ahli Parlimen BN menandatangani ‘akujanji’ untuk menarik balik pindaan jika kadar kemalangan tidak berkurangan. Bagaimanapun tiada Ahli Parlimen BN yang berani menyahut cabarannya.

Sebelum ini, Bendahari Agung KEADILAN, William Leong mendedahkan kutipan saman jalan raya akan dikongsikan antara kerajaan dengan dua syarikat pengendali AES, Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd. Beliau memetik laporan akhbar The Edge, bahawa dua syarikat itu mensasarkan jumlah sepuluh juta saman dikeluarkan setahun.

SUMBER

(Video) Lompatan Paling Memalukan Olimpik 2012

on 7 August 2012


Atlit Germany, Stephan Feck menamatkan saingan pada kedudukan ke-29 (terakhir) pada pusingan awal dalam acara kegemarannya Men’s 3m Springboard Diving.

Dalam kejadian itu, Feck dikatakan terlepas genggaman kaki ketika membuat pusingan dan mengakibatkan dia menjunam secara terletang ketika membuat entry. Kesemua pengadil memberi markah kosong. Walaupun begitu, Feck mendapat hadiah paling istimewa, cemuhan dan kutukan di Internet.

(Gambar Terbaru) Aksi Comel Bayi Lelaki Dynas Mokhtar

Mohamed Haqaish nama anak kedua Dynas Mokhtar dan suaminya yang lahir pada 15 Jun 2012. Sebelum ini, Dynas mempunyai seorang anak perempuan bernama Khyra Khalyssa yang comel. Sebelum ini, Dynas dan suaminya mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Khayra Khalyssa.

Nampaknya, lengkaplah sudah kebahagiaan pasangan ini dengan kehadiran sepasang anak. Tahniah!!!

 
 

Gempar!!! Peneroka Felda Saman Perdana Menteri, Najib Razak

Hari ini dalam sejarah, 8 peneroka menyaman Pedana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan istilah 'haram jadah' yang digunakan pada ceramah beliau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved