Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Saman Trafik RM 2,000, Duit Raya Kerajaan BN Kepada Rakyat

on 8 August 2012


Pengguna jalan raya yang balik kampung sempena raya Aidilfitri berdepan saman sehingga RM 2,000 dalam Ops Sikap berikutan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memasang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) pada bulan Ogos lalu.

Mengulas keputusan JPJ itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menyifatkan kerajaan cuba mengambil kesempatan ke atas rakyat yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya. “Saya pasti banyak saman akan dikeluarkan. Isunya adakah kadar kemalangan berjaya dikurangkan atau tidak,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Yusmadi, beliau sememangnya sangsi dengan sistem tersebut. Apatah lagi setelah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda pada sesi Parlimen lepas, menaikkan kadar saman trafik antara RM300 hingga RM2,000 bagi setiap kesalahan.

Katanya, kadar saman yang tinggi dan jumlah sasaran kutipan yang besar memperlihatkan niat kerajaan untuk mencari keuntungan berbanding mendidik pemandu. “Saya menggesa supaya pemantauan dijalankan dengan lebih mantap untuk mendidik pengguna, bukan sekadar mengenakan saman sahaja. “Kerajaan juga harus lihat tugas menjaga keselamatan ini sebagai tanggungjawab mereka dan bukan sebagai peluang untuk kutip dana,” katanya lagi.

Yusmadi ketika perbahasan, mencabar Ahli Parlimen BN menandatangani ‘akujanji’ untuk menarik balik pindaan jika kadar kemalangan tidak berkurangan. Bagaimanapun tiada Ahli Parlimen BN yang berani menyahut cabarannya.

Sebelum ini, Bendahari Agung KEADILAN, William Leong mendedahkan kutipan saman jalan raya akan dikongsikan antara kerajaan dengan dua syarikat pengendali AES, Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd. Beliau memetik laporan akhbar The Edge, bahawa dua syarikat itu mensasarkan jumlah sepuluh juta saman dikeluarkan setahun.

SUMBER
Ranking: 5

{ 4 ong gedek gedek... read them below or add one }

yusuflaili(Goku) said...

Baguslah bergitu..beri dan minta balik.memang dah lazimnya bergitu.


8 August 2012 at 09:09
mujagirl92 said...

selain gune saman,, mcam mana nak didik pemandu,, cer bagi cadangan,, insya ALLAH akan dipertimbangkan kalau bernas,, amiin


8 August 2012 at 10:18
aswadz said...

nape x psg kat highway je...


8 August 2012 at 12:23
Unknown said...

elok ler pasang kat merata2 tempat.... langgar atau potong had laju tetap jugak dieorg buat.... semua tak sabar....


8 August 2012 at 13:26
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved