Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Gempar!!! Peneroka Felda Saman Perdana Menteri, Najib Razak

on 7 August 2012

Hari ini dalam sejarah, 8 peneroka menyaman Pedana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan istilah 'haram jadah' yang digunakan pada ceramah beliau.

(Gambar) Michael Phelps Berparti Bersama 3 Pingat Emas Olimpik 2012


Ahli sukan terhebat dalam sejarah sukan Olimpik 2012, Michael Phelps membawa bersama tiga teman rapatnya untuk pergi berparti sakan pada minggu lepas - pingat emas, pingat emas dan pingat emas.

Hanya selepas beberapa jam menamatkan acara berenang terakhir dalam kareer, atlit berbakat dari Amerika Syarikat ini kelihatan berparti di Soho, membawa bersama tiga pingat emas yang dimenangi pada Olimpik 2012 dan seorang gadis misteri.

 
 
 
 
 

Kenapa Victoria Beckham Tidak Pernah Senyum???


Victoria Beckham atau Posh Spice mempunyai suami yang kacak dan penyayang, David Beckham serta empat anak yang membesar dengan cukup sihat, empayar fesyen yang gemilang serta duit yang terlampau banyak. Boleh dikatakan beliau sudah memiliki segala-galanya.

Tapi, apa sebabnya Victoria Beckham yang juga bekas anggota kumpulan Spice Girls ini tidak pernah kelihatan gembira? Nak tahu apa kata Victoria Beckham?

"Dulu saya banyak ketawa di dalam foto. Tapi, saya rasa saya mual berhenti ketawa apabila saya mula menyertai fesyen.

"Ya, fesyen telah mencuri senyuman saya dan saya seolah-oleh telah mewujudkan seseorang yang lain. Saya tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa orang itu bukannya diri saya tetapi secara keseluruhannya dia bukannya mewakili diri saya yang sepenuhnya,"katanya.

(Gambar) Parti Hari Jadi Awal Ashaari

Pada malam 6 Ogos 2012 ataupun semalam, Awal Ashaari telah diraikan sempena hari jadinya yang ke-31. Sambutan ulang tahunnya itu turut disambut meriah oleh para peminat setianya di Singapura. Malah mereka juga telah membuat 'kejutan' dengan memberikan kek istimewa di mana lilinnya tidak padam-padam meskipun ditiup berkali-kali oleh Awal.

Isteri kepada pelakon terkenal ini, Scha Alyahya turut memberi hadiah istimewa yang berjenama Louis Vuitton. Apa pun, kami mengucapkan selamat tarikh lahir dan semoga cepat-cepat dapat anak. Hehe

 
 
 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved