Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Gambar) Siti Nurhaliza Dan Datuk K Tunaikan Umrah Sebelum Hari Raya

on 15 August 2012

Boleh dikatakan satu kewajipan setiap kali tibanya bulan Ramadhan yang penuh barakah bagi penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza akan menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.

Ketika entri ini ditulis, Datuk Siti Nurhaliza bersama suaminya Datuk K berada di Mekah untuk menunaikan umrah sebelum mereka bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri di sini.

 
 
 
 
 

Angakara Kekasih Panas Baran, Gadis Ini Koma Dibakar


Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” begitulah rintihan seorang gadis berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.

Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.

Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.

Irma Hasmie Mangandung, Suami Yang Mengidam


Isteri yang mengandung, suami pula mengidam. Itulah yang berlaku pada suami kepada aktres popular tanah air, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan apabila selera makannya yang bertambah secara mendadak iaitu kuat makan berbanding sebelumnya. Apabila diselidiki puncanya, rupa-rupanya ia disebabkan oleh Irma Hasmie kini sudah berbadan dua!

"Isteri tidak mengidam apa-apa lagi setakat ini tetapi sebaliknya saya pula yang mengidam nak makan macam-macam sehingga menjadikan saya seorang yang kuat makan," ujarnya Redza Syah.

Dalam pada itu, Redza berkata buat sementara ini dia akan menemani isterinya untuk menghadiri majlis-majlis tertentu kerana bimbang keadaan isterinya yang mengalami alahan akibat mengandung.

"Jika terjadi apa-apa susah pula. Lebih baik saya menemani dia ke mana-mana selepas ini tambahan pula dengan cara itu ia boleh mengeratkan lagi hubungan kami suami-isteri," tambahnya yang amat teruja untuk bergelar seorang bapa.

Terdahulu, Irma turut memberitahu bahawa kandungannya berada di dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah. Tambah pelakon itu, dia cuma tidak boleh menikmati makanan seperti kebiasaannya kerana sering muntah-muntah.

"Syukur Alhamdulillah dengan kurniaan ini dan saya berharap semua mendoakan yang terbaik buat diri saya," katanya tersenyum.

[Gambar] Khairul Fahmi Che Mat (Apex) Bersatu Dengan Siti Saleha

on 14 August 2012


Penjaga gol nombor satu Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex, 23, telah disatukan bersama pelakon cantik, Siti Saleha dalam kempen baju berjenama Puma sempena sambutan hari lebaran menjelang tiba.

Gambar gandingan Apex dan Saleha boleh dilihat dalam sampul raya keluaran Puma yang mana ia boleh diperolehi di kedai Al-Ikhsan di seluruh negara.

Mengulas mengenai gandingan ini, Apex yang kini berada di Austria kerana menjalani latihan bersama Skuad negara berharap jangan ada pihak yang cuba membuat spekulasi negatif terhadap gambar ini.

"Saya harap masyarakat tidak salah faham dengan gandingan ini. Saya dan Saleha hanya disatukan untuk sesi fotografi pakaian Puma. Memandangkan kami berdua adalah duta produk ini, jadi tidak salah kami bekerjasama untuk memeriahkan kempen Aidilfitri ini," ujarnya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Apex menerangkan bahawa dia hanya bertemu dengan Saleha dalam beberapa majlis yang dianjurkan Puma saja.

"Sebelum perkara ini berkembang menjadi agenda yang tidak diingini, lebih baik saya jelaskan terlebih dahulu. Apapun terima kasih kepada pihak berkenaan yang bertanya dulu kepada saya tentang gambar ini.

"Saya hargainya. Alhamdulillah, saya menjalani latihan di sini dalam keadaan baik. Sekali lagi terima kasih kepada peminat yang sentiasa mengambil berat tentang saya walaupun saya tidak berada di Malaysia.

"InsyaAllah, saya akan pulang ke tanahair pada 17 Ogos ini. Setelah tiba di Malaysia, saya akan pulang terus ke kampung halaman untuk membuat persiapan hari raya pada saat akhir," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved