Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

[Gambar] Khairul Fahmi Che Mat (Apex) Bersatu Dengan Siti Saleha

on 14 August 2012


Penjaga gol nombor satu Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex, 23, telah disatukan bersama pelakon cantik, Siti Saleha dalam kempen baju berjenama Puma sempena sambutan hari lebaran menjelang tiba.

Gambar gandingan Apex dan Saleha boleh dilihat dalam sampul raya keluaran Puma yang mana ia boleh diperolehi di kedai Al-Ikhsan di seluruh negara.

Mengulas mengenai gandingan ini, Apex yang kini berada di Austria kerana menjalani latihan bersama Skuad negara berharap jangan ada pihak yang cuba membuat spekulasi negatif terhadap gambar ini.

"Saya harap masyarakat tidak salah faham dengan gandingan ini. Saya dan Saleha hanya disatukan untuk sesi fotografi pakaian Puma. Memandangkan kami berdua adalah duta produk ini, jadi tidak salah kami bekerjasama untuk memeriahkan kempen Aidilfitri ini," ujarnya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Apex menerangkan bahawa dia hanya bertemu dengan Saleha dalam beberapa majlis yang dianjurkan Puma saja.

"Sebelum perkara ini berkembang menjadi agenda yang tidak diingini, lebih baik saya jelaskan terlebih dahulu. Apapun terima kasih kepada pihak berkenaan yang bertanya dulu kepada saya tentang gambar ini.

"Saya hargainya. Alhamdulillah, saya menjalani latihan di sini dalam keadaan baik. Sekali lagi terima kasih kepada peminat yang sentiasa mengambil berat tentang saya walaupun saya tidak berada di Malaysia.

"InsyaAllah, saya akan pulang ke tanahair pada 17 Ogos ini. Setelah tiba di Malaysia, saya akan pulang terus ke kampung halaman untuk membuat persiapan hari raya pada saat akhir," katanya.

(Gambar) Penampilan Terbaru Miley Cyrus


Jika sebelum ini selebriti Hollywood yang sering dilanda kontroversi ini, Miley Cyrus sering dilihat cantik dengan berambut panjang sebelum ini tetapi bukan lagi untuk masa ini. Miley Cyrus dikatakan telah mengubah gaya rambutnya ke potongan yang lebih pendek.

Dengan penampilan baru yang ditampilkan oleh penyanyi lagu "Party In The USA", dia telah dikritik hebat oleh beberapa pihak di laman Twitter miliknya. Namun begitu, Miley telah membalas twit tersebut dengan menyatakan bahawa dia suka dengan gaya rambutnya sekarang dan amat gembira dengan penampilan sebegitu.

Miley turut membuat kenyatan di laman Twitternya yang berbunyi “if you don’t have something nice to say don’t say anything at all. my hair is attached to my head no one else’s and it’s going bye bye :).”

 
 
 
 

Irma Hasmie Disahkan Mengandung


Pelakon terkenal tanah air, Irma Hasmie mengesahkan bahawa dia sedang berbadan dua walaupun perkhabaran ini masih terlalu awal untuk diumumkan.

"Insya'Allah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah. Usia kandungan saya 4 minggu dan sudah mahu masuk ke 5 minggu.

"Saya selalu muntah-muntah dan tidak boleh menerima makanan. Namun, doktor memberitahu bahawa ini simptom biasa. Saya berharap badan saya cukup kuat menghadapinya.

"Setakat ini itu saja alahan yang saya hadapi. Saya tidak mengindam apa-apa pun hanya suami saya saja yang mengidam lebih. Dia pula yang tiba-tiba jadi kuat makan," katanya.

Punca Ayu Raudhah Kini Bertudung


Pelakon yang sedang meningkat naik populariti, Ayu Raudhah mengakui dia telah mengambil keputusan untuk berhijrah sepenuhnya dengan mengenakan tudung secara drastik setelah selesai mengerjakan umrah buat kali ketiga pada 4 Ogos lalu.

Namun, keputusan itu hanya diketahui suaminya yang juga pemain bola sepak negara, Zaquan Adha selepas dia pulang ke tanah air dan terus mengenakan hijab pada keesokan harinya.

Ayu Raudhah berkata, Zaquan yang pada mulanya agak terkejut selepas melihat imej dan penampilan barunya itu, namun dia akui gembira dengan penghijrahan tersebut.

"Sebenarnya niat untuk berhijrah sudah lama tertanam dalam diri saya dan selepas pulang daripada umrah, rasa itu semakin kuat dandengan tidak semena-mena, saya membuat keputusan yang drastik untuk mengekalkan hijab di kepala saya sama seperti mengerjakan umrah.

"Zaquan juga terkejut dengan perubahan saya, namun sebelum ini dia pernah menyatakan hasrat untuk melihat saya bertudung. Bagaimanapun dia antara orang yang paling gembira dan kuat memberi sokongan kepada saya," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Mengulas lanjut mengenai penghijrahannya, Ayu berkata hasrat untuk berhijrah itu turut dipengaruhi daripada lakonannya yang sebelum ini banyak memegang watak baik dan bertudung.

"Sebenarnya sudah lama tertanya-tanya pada diri sendiri, bila agaknya saya hendak bertudung tetapi semakin mendekati ramadan ini hati saya semakin kuat untuk berhijrah.

"Malah, saya akui dialog dan watak saya sebagai seorang wanita muslim solehah yang berhijab penuh ketika berlakon telah membuatkan diri saya sendiri tersedar untuk berubah seperti watak tersebut.

"Kadang-kadang dialog-dialog yang saya sampaikan mengenai Islam di dalam drama itu bukan sahaja menyedarkan penonton, malah diri saya sendiri untuk berubah," luahnya yang lebih banyak memegang watak wanita bertudung dalam lakonannya.

Bercerita mengenai pengalamannya ke umrah kali ketiga selama 2 minggu itu, Ayu akui ianya sangat bermakna kerana dapat menjalani ibadah puasa di tanah suci Mekah.

"Meskipun cuaca di sana sangat panas iaitu sehingga 43 darjah selsius, namun saya sangat gembira kerana dapat menyempurnakan ibadah umrah serentak dengan ibadah puasa kali ini,

"Biarpun agak letih kerana berpuasa tetapi saya berpuas hati kerana sudah 3 kali berpeluang berada di Tanah Suci Mekah," tambahnya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved