Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

RUMAH IMUDA DIROMPAK, SUSPEK SEMPAT BERAYA

on 28 August 2012


RUMAH IMUDA DIROMPAK, SUSPEK SEMPAT BERAYA - Pelawak dan pelukis terkenal, Imuda atau nama sebenar Ab Rahim Muda kerugian kira kira RM7,000 selepas menyedari rumahnya di Taman Datuk Ahmad Razali, Kuala Lumpur dirompak selepas pulang beraya di Pulau Pinang.

“Bila sampai di rumah, saya lihat kesemua bilik saya berselerak dan mendapati komputer riba milik isteri, tiga buah telefon bimbit, wang tunai RM300 serta koleksi jam tangan saya hilang,” kata Imuda.

Kawasan kediaman Imuda memang sasaran pencuri untuk melakukan kegiatan mereka & jiran mereka baru sahaja menjadi mangsa bulan lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Nazri Nawawi ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Kita akan mengesan suspek & kes disiasat di’bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah yang jika sabit kesalahan, hukuman penjara maksimum 5 tahun dan denda," katanya.

FILEM PERTAMA ARAHAN SYAFIK YUSOF, SAM TIDAK LAKU???


FILEM PERTAMA ARAHAN SYAFIK YUSOF, SAM TIDAK LAKU??? - Filem pertama arahan Syafik Yusof, Saya Amat Mencintaimu ataupun SAM hanya berjaya mengutip RM1.4 juta selepas 12 hari.

Satu lagi kisah klasik berulang apabila sebuah filem berkualiti menjadi mangsa selera filem rakyat Malaysia yang masih dahagakan sentuhan Prof Madya A. Razak Mohaideen.

Tayangan serentak filem tempatan dalam seminggu sebenarnya tidak banyak membantu dalam persaingan. Jika para pembaca ada masa, penulis sarankan anda ke pawagam untuk menonton.

APA SUDAH JADI DENGAN FARAH ASYIKIN???


APA SUDAH JADI DENGAN FARAH ASYIKIN - Artis tanah air yang baru sahaja berhijrah dengan mengenakan tudung, Farah Asyikin telah terlibat dalam kemalangan jam 8.00 pagi tadi.

Kejadian berlaku di hadapan pejabat Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara apabila kereta dipandu Farah Asyikin melanggar sebuah kereta orang awam.

Kedua-dua yang terlibat dalam kemalangan ini tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun kereta Mitsubishi yang dipandu Farah Asyikin agak teruk keadaannya.

 

GAMBAR BEEGO BERAYA DI DISKO


GAMBAR BEEGO BERAYA DI DISKO | KELAB HIBURAN - Pelakon yang sering dihambat kontroversi, Beego telah mencetuskan kontroversi baru apabila gambar beliau 'beraya' di kelab hiburan dapat dihidu.

Gambar ini telah diambil dalam minggu lepas, ketika seluruh umat Islam sedang sibuk merayakan Aidilfitri. Imej terbaru Beego ini kelihatan sedikit ‘nakal’ dengan misai dan janggut serta anting-anting yang dapat dilihat di telinga kirinya.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved