Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

SYARAT SITI NORDIANA KAHWIN LAGI

on 3 September 2012


SYARAT SITI NORDIANA KAHWIN LAGI - Artis tanah air, Siti Nordiana hanya akan menamatkan zaman jandanya apabila bertemu dengan lelaki yang boleh menerima kehadiran anak lelaki, Mohammad Ryyan Nakhaie.

Siti Nordiana yang lebih mesra dengan sapaan Nana memberitahu, dia meletakkan perkara itu sebagai kriteria utama dalam mencari jodoh kerana keutamaannya kini adalah kepada anaknya yang berusia empat tahun itu.

“Secara dasarnya saya sudah bersedia untuk kembali berumah tangga dan ciri-ciri yang saya cari adalah lelaki tersebut kena menerima anak saya dan bukan semata-mata diri saya sahaja.

“Tambahan pula tanggungjawab lelaki itu nanti bukan mudah kerana perlu membesarkan anak saya dan sebab itu saya mahu calon suami saya itu nanti benar-benar bersedia,”

Nana sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Allahyarham Faizal Yusop sebelum bercerai pada tahun 2009.

Dalam pada itu, Nana mengakui dirinya sedang berkawan dengan seorang lelaki namun memberitahu hubungan mereka masih dalam peringkat awal.

Nana berkata, dia mahu mengenali hati budi lelaki tersebut terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.

KOLEKSI VIDEO PARODI OOPA GANGNAM STYLE OLEH ORANG MALAYSIA


KOLEKSI VIDEO PARODI OOPA GANGNAM STYLE OLEH ORANG MALAYSIA - Dunia sedang dilanda demam Oopa Gangnam Style yang dicetuskan oleh Psy sekarang. Oleh itu, terdapat pelbagai versi Oopa Gangnam Style yang dibuat dan ianya boleh ditonton di YouTube. Apa pun mari kita tengok video parodi Oopa Gangnam Style yang dibuat oleh orang Malaysia.






PARTI LIAR DISERBU POLIS, WAJIB HISAP SYABU DENGAN BAJU ALA HAWAII


PARTI LIAR DISERBU POLIS, WAJIB HISAP SYABU DENGAN BAJU ALA HAWAII - Dengan bayaran serendah RM15 sekepala, dua juruhebah (DJ) bebas dikesan menubuhkan satu laman web sosial bagi menarik perhatian peminat muzik tekno sebelum menganjurkan parti ‘Tekno Underground’ sempena sambutan malam kemerdekaan di Teluk Juara, Pulau Tioman pagi kelmarin.

Bagi peminat muzik itu yang mahu menyertai parti liar terbabit, mereka perlu mematuhi syarat wajib penganjur iaitu pertama, berpakaian ala Hawaii, kedua, menghisap syabu dan ketiga, pil Ecstasy yang dibekalkan penganjur.

Difahamkan, dua penganjur terbabit sudah menutup akaun laman web sosial berkenaan pada 25 Ogos lalu selepas menarik 24 individu termasuk beberapa gadis yang meminati muzik berkenaan.

Pada masa sama, dua penganjur terbabit dikatakan memperuntukkan lebih RM1,000 bagi menyediakan kemudahan penginapan, makan serta minum kepada semua peserta

KETAHUI CIRI-CIRI KAMU SEDANG JATUH CINTA

on 2 September 2012


KETAHUI CIRI-CIRI KAMU SEDANG JATUH CINTA | Kisah Percintaan - Kadang-kadang kita ini jatuh cinta tidak sadar, bahkan kita cuba menolak bahwa kita sedang jatuh cinta sama si dia. Tanpa membuang masa, mari kita baca ciri-ciri yang menandakan kita sedang jatuh cinta.
  1. Kamu melihat sesuatu yang berbeza dalam diri si Dia yang ingin sekali kamu ketahui
  2. Suka curi-curi pandang kepada si Dia . ( Ini acik suka hehehe )
  3. Mempermalukan diri sendiri tapi kita sering tidak sedar akan hal itu.
  4. Mahu selalu berjumpa dan dekat si Dia terus.
  5. Yang punya diary ( perempuan biasanya) tentunya selalu tentang si dia, dia dan dia. ( acik tak adalah  )
  6. Senang sangat cuba ketahui sifatnya melihat bulan lahirnya mengikut bulan islam ( saranan Dr fazdhilah Kamsah) lewat 
  7. Mencari Informasi tentang si dia mulai alamat rumah, no hp, no telepon, nama bapak, ibu, nenek dan semuanya lah..
  8. Sedih kalau dia tak ada. ( aku sedih kalau si dia tak masuk kuliah )
  9. Jadi kawan yang baik saat si dia lagi ada masalah baik berat maupun masalah kecil.  
  10. ada orang kata bila jatuh cinta nie ..makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi tak basah ..cewah sebab teringatkan si dia
  11. Simpan sms si dia meskipun itu sms dia yang sudah lama…..
  12. Jual Mahal sikit bila dekat dengan dia..
  13. Kalau lagi di depan member tak akan pernah mahu mengaku suka dia dan cuma bagitahu ke kawan-kawan kalau tu  hanya kawan biasa, padahal berharap sangat jadi lebih dari kawan baik.
  14. Suka dengar lagu-lagu jiwang + cinta dan movie romantik
  15. Cuba dekat dengan kawan-kawannya
  16. Hobi tulis nama dia di manapun ada sesuatu yang kosong seperti kertas, buku pelajaran, tembok atau di mana saje supa selalu ingat nama dia.
  17. Tiap-tiap hari mahu mesej dan call dengan dia
  18. Suka ketawa-ketawa sendiri sesuatu yang tak pasti ..hehehe pastinya ingat dia.
  19. Selalu berusaha tampil sebaik mungkin di depan dia.
  20. Cuba stalker apa yang sedang dia buat di facebook /twitter
  21. Sentiasa jadi pendengar yang baik bila ada masalah dan selalu like di facebook
  22. Mencari tips dan trik cinta demi meluluhkan hati si dia.
  23. Waktu baca artikel ini kamu mesti teringat dia. Tahniah kamu lagi jatuh cinta sama si dia.  
SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved