GAMBAR PERTUNANGAN FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE - Tanpa publisiti yang meluas, kedua pasangan bercinta ini, Diana Danille dan Farid Kamil telah mengikat tali pertunangan pada 2 September 2012 yang lalu.
Norsiah atau ibu Farid Kamil telah menyarungkan sebentuk cincin kepada bakal menantunya sebagai tanda ikatan antara Diana dan Farid bertempat di rumah Diana Danielle. Mereka dijangka bertunang selama satu tahun sebelum ditabalkan sebagai suami isteri.
Diana telah menerima 3 dulang hantaran iaitu senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut. Manakala Farid Kamil pula telah menerima 5 dulang hantaran.