Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

GAMBAR TERBARU MIERA LIYANA YANG COMEL

on 6 September 2012

GAMBAR TERBARU MIERA LIYANA YANG COMEL | Gambar Artis - Bekas kekasih hati Shah Jaszle, Miera Liyana baru-baru ini telah meghadiri satu sesi photoshoot. Mari kita tengok gambar hasil dari sesi penggambaran gadis cilik yang berusia 19 tahun ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 

PELANGGAN CUCI KERETA DAPAT KHIDMAT SEKS PERCUMA


PELANGGAN CUCI KERETA DAPAT KHIDMAT SEKS PERCUMA | STRATEGI PERNIAGAAN | PELACURAN - Cuci kereta sembilan kali dapat perkhidmatan seks secara percuma. Inilah promosi unik yang dibuat sebuah premis pelacuran yang berselindung di sebalik kegiatan cuci kereta di Sunway Mentari, Petaling Jaya.

Bagi menarik minat pelanggannya, pemilik premis menawarkan sembilan pelacur warga Vietnam berusia 18 hingga 28 tahun. Bagaimanapun, hanya pelanggan berbangsa Cina dibenarkan untuk mendapatkan promosi tersebut.

Pelanggan yang datang ke premis itu akan diberikan kad dan sekiranya cukup sembilan kali mencuci kereta, mereka boleh menebus seorang gadis di situ untuk aktiviti seks.

Bagaimanapun, taktik kotor premis yang beroperasi tiga bulan lalu itu terbongkar selepas diserbu polis, kelmarin, kira-kira jam 12 tengah malam.

Dalam serbuan itu, lima pelanggan sedang melakukan seks dan empat penjaga premis serta wanita yang menyalahgunakan pas lawatan tersebut ditahan.


Ketika serbuan, ada yang cuba melarikan diri dan menyorok di dalam stor. Polis turut menemui kad cuci kereta serta beberapa kondom yang disembunyikan di dalam ketuhar gelombang mikro.

Siasatan polis mendapati premis itu juga mengenakan bayaran RM130 hingga RM180 kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan seks.

GAMBAR RUMAH BARU FASHA SANDHA DAN JEJAI

on 5 September 2012

GAMBAR KEDIAMAN TERBARU FASHA SANDHA DAN JEJAI | Gambar Artis -Pasangan yang baru berkahwin tahun ini, Fasha Sandha dan Jejai ( Rizal Ashram ) dikhabarkan telah berpindah ke kediaman baru milik mereka berdua sejak sebelum hari raya lagi.

 
 
 
 

ZIZAN RAZAK UBAH SELERA KEPADA GADIS JEPUN


ZIZAN RAZAK UBAH SELERA KEPADA GADIS JEPUN - Pelawak dan pengacara terkenal tanah air, Zizan Razak mengakui hatinya kini sudah berubah serta dimiliki oleh gadis kelahiran negara matahari terbit.

Semuanya disebabkan selepas beliau berpeluang menjejakkan kakinya ke Jepang itu untuk mengemudikan sebuah program travelog berjudul Jejak Jepun Bersama Zizan yang akan ditayangkan di Astro Prima mulai 12 September ini.

"Terus-terang saya sekarang sudah mula terpikat dengan gadis Jepun selepas berkunjung ke sana. Mereka sangat cantik dan comel. Paling yang saya tidak boleh lupa apabila berkunjung ke sebuah restoran di sana.

"Dalam restoran yang diberi nama Maid Café itu ada ramai perempuan yang sangat cantik dan comel, malah wajah mereka tak ubah seperti pelakon kartun animasi. Mereka bukan sahaja cantik, malah melayan saya sebagai tetamu dengan sangat baik.

"Saya sempat berbual dengan salah seorang daripada mereka dan kemesraan kami serta-merta terjalin sehingga gadis Jepun itu ada menjemput saya datang ke rumahnya. Bagi saya itu adalah pengalaman manis sewaktu berada di sana ,"ujar Zizan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved